Rabu, Mei 18, 2011

Greenbilling permudah bayaran bil


Tentu saja semua orang mahukan bukan saja keselesaan tetapi kemudahan semasa melunaskan pembayaran pelbagai bil sama ada bil telefon, utiliti, penyata bank mahukan cukai majlis perbandaran.

Pengguna biasanya menghadapi masalah bil lambat sampai, tersilap letak selain kertas yang digunakan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Justeru sebuah syarikat berstatus MSC, IDOTTV Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2004 membangunkan teknologi green biliing bagi memberikan kemudahan bukan saja kepada pengguna tetapi juga pengusaha serta alam sekitar.

Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Azahari Pawan Teh berkata dengan green biling, pengguna boleh melihat bil mereka serta-merta.

"Sebelum ini biasanya apabila akaun ditutup, masa tujuh hari diambil untuk menghantar bil kepada pengguna yang kadang-kala tidak sampai, hilang dan mengambil masa lebih lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kini dengan green billing, pengguna boleh mendapatkan bilnya serta-merta dan mempunyai masa lebih masa untuk membayar bil berbanding kaedah konvensional.

Ini memberikan kemudahan kepada pengguna yang sentiasa sibuk dan tiada masa ke kaunter pembayaran.

"Buat masa kini aplikasi green billing hanya untuk BlackBerry tetapi akan dikembangkan kepada telefon pintar dan android," katanya.

Apa yang lebih menarik jelas Ahmad Azahari, green billing disertakan dengan senarai terperinci kerana diselaraskan dengan buku telefon.

Pengguna yang menggunakan telefon syarikat boleh mengasingkan panggilan peribadi dengan tugasan pada bulan pertama dan ia akan berterusan pada bulan-bulan seterusnya.

Bil peribadi boleh dimasukkan terus ke dalam emel pengguna manakala bil bagi tugasan boleh terus dihantar ke e-mel pengurus kewangan.

Bagi bil peribadi, pengguna boleh membayar bil terus melalui kad kredit, debit atau paypal.

"Dengan green billing, pengguna boleh memilih dan mengasing, memudahkan pembayaran serta melihat bil pada bila-bila masa," katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri keselamatan green billing, Ahmad Azahari berkata, bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan pihaknya mengambil lima poin langkah keselamatan.

Ini termasuk ID pengguna, kata laluan, Transaction Authorization Code (TAC), kunci ID sim dan kunci ID telefon pintar.

Siri keselamatan green billing telah mendapat Sijil MyCC yang diberikan oleh Cyber Security.

Sebelum ini produk IDOTTV Sdn Bhd telah mendapat beberapa anugerah termasuk Frost and Sullivan Award bagi Most Innovative Application/Product, Mobile Premier Award 2011 di Brcelona, finalis NEF, finalis APICTA 2010 dan Top 500 Fast Technology in Asia Pacific Deloitle.

Bagi fasa kedua, green biling akan membolehkan pengguna melakukan perkhidmatan layan diri (subscribe self service) seperti mendaftar perayauan antarabangsa atau menamatkan perkhidmatan tertentu.

"Ini dapat memudahkan pengguna yang terpaksa menunggu untuk dilayan oleh operator malah menjimatkan kos operator telekomunikasi.

Apa yang lebih menarik green billing dapat mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida sehingga empat tan setahun bagi seorang pengguna.

Masalahnya adalah mengubah kelakuan manusia bagi menukar penggunaan kertas kepada green billing yang dihantar terus ke telefon bimbit.

Malah, green billing mempunyai banyak kelebihan dari segi penjimatan kos, masa dan wang selain memberikan kemudahan kepada pelanggan.

Ahmad Azahari berkata, green billing bukan saja sesuai bagi syarikat telekomunikasi tetapi juga perbankan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Malah, pelanggan telefon prabayar juga boleh mendapatkan bil terperinci mereka menerusi green billing asalkan syarikat telekomunikasi mengambil bahagian.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts