Top Ad 728x90

Proton Menang Anugerah Kereta Rakyat & Nilai Bagi Wang 2011

Proton Holdings Bhd merebut anugerah kereta rakyat dan nilai bagi wang untuk kereta keluarga terbaik pada majlis Anugerah Industri Auto - Auto Asia 2011.

Proton Saga FaceLift (FL) 1.6L telah memenangi kategori kereta rakyat terbaik dan Proton Inspira 1.8 memenangi anugerah kategori kereta keluarga bagi nilai bagi wang.

"Proton Saga FL dan Proton Inspira telah berjaya di segi jualan dan anugerah ini adalah satu rangsangan bagi kereta itu dan syarikat untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik," kata Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar Sdn Bhd Sidik Abdul Hamid dalam satu kenyataan, Selasa.

Majlis tahunan keempat itu menyediakan 19 anugeah bagi mengiktiraf industri automotif terbaik di Malaysia pada tahun ini.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90