8,000 Bakal Terima Biasiswa JPA Sesi 2011/2012
Tawaran biasiswa 'pusingan pertama' telahpun dikeluarkan iaitu kepada pelajar-pelajar cemerlang yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.
Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat JPA, Suziyana Sukri, memberitahu mStar Online, jumlah peruntukan untuk membiayai biasiswa tersebut bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana maklumat itu dikategorikan sebagai sulit.
Ahad lalu adalah hari terakhir permohonan biasiswa JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS dalam negara bagi sesi tersebut.
Menurut iklan yang disiarkan oleh JPA dalam akhbar-akhbar utama tempatan minggu lalu, permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran belajar di IPTA/IPTS.
Permohonan semua dilakukan melalui proses di dalam talian sepenuhnya.
Bagaimanapun, calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.
Bagi IPTS pula ia hanya terhad kepada Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.
- MSTAR