Pengambilan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (KPLI SR - j-QAF) Ambilan Januari 2012
IKLAN Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012.
Pembelian no. pin dan borang permohonan online juga akan dibuka mulai 26 September 2011 (Isnin) selepas jam 9.00 pagi.
Nota : Ini adalah pengambilan KPLI j-QAF untuk bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja dan bukan KPLI biasa. TARIKH TUTUP : 9 OKTOBER 2011
* Sila klik imej untuk melihat dengan saiz yang lebih besar.
A. IKLAN PERMOHONAN | ||
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM. | ||
Calon-calon hendaklah: | ||
2.1 | Warganegara Malaysia. | |
2.2 | Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | |
2.3 | Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977. | |
2.4 | Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | |
2.5 | Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM. | |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) | ||
5.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: | |
(i) Bahasa Arab | ||
(ii) Pendidikan Islam | ||
(iii) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF) | ||
6.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. | |
6.2 | Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional. | |
6.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |
6.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. | |
6.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. | |
6.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | |
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
7.1 | Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | |
7.2 | Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah – KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN untuk maklumat lanjut). | |
7.3 | Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. | |
7.4 | Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. | |
7.5 | Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. | |
7.6 | Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. | |
7.7 | Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | |
7.8 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | |
8. PENDAFTARAN |
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. | |
9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. | |
10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD). | |
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : | |||
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA ( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar ) | Nombor Telefon : | 03-88841260 03-88841254 03-88841259 03-88841280 03-88841256 | |
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah | Nombor Telefon : | 088–236804 | |
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak | Nombor Telefon : | 082 – 258045 |
B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan: |
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) |
Bil | Kod Bidang Pengkhususan | Bidang Pengkhususan | Kesesuaian Ijazah | |
1. | Bahasa Arab Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF) | A210A0000L A215A0000L A217A0000L | 1 | Aqidah dan Dakwah |
2 | Aqidah dan Falsafah | |||
3 | Bachelor Of Economics (Honours) UIAM | |||
4 | Bachelor Of Human Sciences (History & Civilization) (Honours) UIAM | |||
5 | Bachelor Of Human Sciences (Political Sciences) (Honours) UIAM | |||
6 | Bachelor Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Honours) & Bachelor Of Economics (Honours) UIAM | |||
7 | Bachelor Sastera (Bahasa Asing) UPM | |||
8 | Bahasa Arab | |||
9 | Bahasa Arab dan Peradaban | |||
10 | Bahasa Arab dengan Pendidikan | |||
11 | Bahasa dan Kesusasteraan Arab | |||
12 | Dakwah dan Pembangunan Insan | |||
13 | Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia | |||
14 | Dakwah dan Pengurusan | |||
15 | Fakultas Dakwah & Ilmu Komunikasi (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU) | |||
16 | Fiqh Dan Pengajian Islam | |||
17 | Fiqh Dan Usul Al-Fiqh | |||
18 | Hadis | |||
19 | Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Jurusan Ahwal Syakhshiyyah (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL) | |||
20 | Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Perbandingan Mazhab Dan Hukum (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI) | |||
21 | Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar) (Kepujian) UM | |||
22 | Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Bioteknologi) (Kepujian) UM | |||
23 | Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Ekologi Dan Biodiversiti) (Kepujian) UM | |||
24 | Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Genetik Dan Biologi Molekul) (Kepujian) UM | |||
25 | Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Teknologi Maklumat) (Kepujian) UM | |||
26 | Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian (UNiSZA) | |||
27 | Ilmu Wahyu | |||
28 | Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam | |||
29 | Pendidikan Islam | |||
30 | Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah | |||
31 | Pengajian Al-Quran dan Qiraat | |||
32 | Pengajian Arab & Tamadun Islam | |||
33 | Pengajian Dakwah & Kepimpinan | |||
34 | Pengajian Islam | |||
35 | Pengajian Islam (Dakwah) | |||
36 | Pengajian Islam (Syariah) | |||
37 | Pengajian Islam (Usuluddin) | |||
38 | Pengajian Islam dan Bahasa Arab | |||
39 | Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab | |||
40 | Pengajian Islam dan Pengajian Melayu | |||
41 | Pengajian Islam dan Sejarah | |||
42 | Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat | |||
43 | Pentadbiran Muamalat (USIM) | |||
44 | Perbandingan Mazhab Dan Hukum | |||
45 | Perundangan Islam/Syariah | |||
46 | Qiraat | |||
47 | Sarjana Sosial Islam (S.Sos.I) (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU) | |||
48 | Siasah Syar’iyah (Syariah Politik) | |||
49 | Syariah Dan Ekonomi | |||
50 | Syariah Dan Pengajian Islam | |||
51 | Syariah dan Pengurusan | |||
52 | Syariah dan Politik | |||
53 | Syariah dan Undang-Undang | |||
54 | Tafsir | |||
55 | Tafsir dan Hadis | |||
56 | Tafsir dan Ulum Quran | |||
57 | Tafsir Hadis (Usuluddin) (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA, MEDAN) | |||
58 | Tahfiz Al-Quran dan Qiraat | |||
59 | Takhasus Qiraat | |||
60 | Tarbiah | |||
61 | Usuluddin | |||
62 | Usuluddin & Falsafah | |||
63 | Usuludin dan Perbandingan Agama |
C. STRUKTUR PROGRAM
KPLI-SR j-QAF MOD LPBS | |||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Tempoh Pengajian | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana Iinstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Komponen dan Mata Pelajaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2012 adalah seperti berikut: | |||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
D. | KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LPBS |
AMBILAN JANUARI 2012 |
Bil | Aktiviti | Tarikh |
1 | Iklan akhbar permohonan KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012. | 25 September 2011 |
2 | Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. | 26 September 2011 |
3 | Permohonan ditutup. (Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). | 09 Oktober 2011 |
4 | Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST. | 18 Oktober 2011 |
5 | Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). | 22 Oktober 2011 |
6 | Semakan online nama calon berjaya temu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet). | 04 Disember 2011 |
7 | Temu duga KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi). | 12 hingga 16 Disember 2011 |
8 | Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). | 17 Januari 2012 |
9 | Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). | 30 Januari 2012 |
Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.
APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE KPLI-SR j-QAF AMBILAN JANUARI 2012
http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/
salam.. nk tnye... klw KPLI untuk tgh o akhr thun 2012 bile ek bukak?????