Top Ad 728x90

, ,

Pengeksport eBay terima manfaat ekonomi global

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Para pengeksport Asia melalui eBay kini menyaksikan peningkatan jualan tahunan sebanyak 26 peratus di seluruh rantau ini, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh eBay hari ini.

Indeks Pengeksport Asia mendapati peningkatan ini dicatatkan oleh para pengeksport utama dengan jumlah dagangan tahunan melebihi AS$100,000 (RM300,000), kata eBay dalam satu kenyataan.

Di Malaysia, jualan daripada pengeksport besar melalui eBay mengukuh 20 peratus tahun-ke-tahun, dengan jualan buku mendahului kategori eksport, diikuti dengan pakaian dan aksesori, alat ganti kenderaan, barangan sukan, barang kemas, permata dan jam tangan, katanya.

Ini mencerminkan pertumbuhan Malaysia sebagai hab pengeluaran dengan peningkatan jumlah perniagaan yang memindahkan operasi pengeluaran mereka di sini, katanya.

Laporan ini turut menonjolkan peluang para pengeksport Malaysia melalui eBay untuk memperoleh pendedahan yang lebih kepada pasaran antarabangsa seiring dengan peluasannya di Asia Tenggara.

"eBay menggunakan kelebihan platform perdagangan eksportnya untuk memberi peluang di peringkat global bagi para peniaga di Malaysia dan seterusnya meningkatkan pilihan kepada para pengguna di seluruh dunia," kata Jason Lee, Ketua eBay bagi Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Kedudukan pasaran global eBay memberikan penampilan peragaan perniagaan yang ideal bagi para pengeksport Malaysia yang ingin menarik pelanggan daripada 97 juta pengguna aktif eBay seluruh dunia.

Indeks Pengeksport Asia menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh eBay dalam membangunkan e-dagang di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan dan sumber pulangan.

Lee turut menyentuh tentang kepentingan teknologi mudah alih yang semakin meningkat sambil berkata "aplikasi mudah alih eBay untuk pelbagai peranti mudah alih telah dimuat turun lebih 45 juta kali dan meletakkan laman perniagaan pengeksport Malaysia di dalam poket jutaan pengguna".

Kategori terbesar bagi jualan para pengeksport Asia di eBay termasuklah buku, pakaian dan aksesori, alat ganti kenderaan, barangan sukan, barangan kemas, permata dan jam tangan.

Indeks ini meninjau para penjual dan trend di seluruh Asia termasuk negara China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90