HALFEST Jangka 50,000 Pengunjung Dan RM28 Juta Jualan
HALFEST 2011 ialah ekspo khusus untuk pengguna, dan boleh dikunjungi sesiapasahaja tidak mengira umur, berbeza daripada MIHAS (Pameran Halal Antarabangsa)yang memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai daya eksport, dan pengunjungberusia 18 tahun ke atas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat HALFEST, MohdShukri Abdullah pada sidang akhbar mengenai HALFEST, pada Selasa.
Beliau berkata MIHAS telah berkembang dan fokusnya untuk syarikat yang berkeupayaan untuk mengeluarkan produk untuk eksport manakala HALFEST merupakan platform baharu bagi syarikat yang belum berkeupayaan mengeluarkan produk untuk eksport.
Beliau berkata MIHAS menetapkan syarat penyertaan yang ketat, dan tahun lepas 130 syarikat tempatan yang tidak berdaya eksport diketepikan daripada menyertai ekspo anatarabangsa itu.
HALFEST dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Halal.
Beliau berkata 83 peratus daripada syarikat yang menyertai HALFEST 2011 terdiri daripada syarikat Bumiputera, dan lebih 500 syarikat telah menempah ruang pameran masing-masing.
Mohd Shukri berkata RM4.85 juta dibelanjakan untuk menjayakan Halal FiestaMalaysia tersebut.
Beliau berkata objektif penganjuran HALFEST ialah untuk membudayakan Halal dalam kalangan rakyat Malaysia selain mengetengahkan kepada rakyat bahawa Malaysia menyediakan pilihan yang luas bagi produk dan perkhidmatan Halal.
Hanya usahawan Malaysia atau syarikat asing yang mempunyai pejabat jualan di Malaysia, dibenarkan mempamerkan produk dan perkhidmatan pada HALFEST, katanya.
Antara yang turut memeriahkan HALFEST kali ini ialah Master Chef Noordin Ahmad yang mahu membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam bidang makanan dari segi membaiki mutu produk, citarasa dan pembungkusan.
Noordin, yang merupakan pemilik syarikat Intan Emas Mutiara Enterprise, menyatakan kesediaan memimpin usahawan Bumiputera bagi membolehkan mereka berjaya dalam bidang makanan.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas di luar negara, menekankan pentingya Halal, kebersihan dalam penyediaan makanan selain memodenkan makanan Melayu.
Beliau menyediakan contoh makanan dalam bentuk pes dan makanan jejari bagi menguji citarasa pengguna.
Turut menyertai HALFEST ialah Nutrifres Food & Beverages Industries, yang berjaya menembusi pasaran di 12 negara dan menjangka dapat menembusi pasaran Amerika Syarika dan China tahun hadapan.
Pengurus besarnya, Kevin Lim, berkata HALFEST bukan sahaja membantu syarikat tersebut mempromosi produknya malah membina kesetiaan jenama dalam kalangan pelanggan.
Beliau berkata syarikat tersebut yang mengeluar 50 produk, dengan pasaranterbesarnya Indonesia, berjaya menembusi pasaran luar berdasarkan keupayaannya memenuhi kehendak pasaran, termasuk peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa disetiap pasaran.
- BERNAMA