Top Ad 728x90

,

Jumlah Jutawan Baru Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda


Jumlah jutawan baru di Malaysia bertambah dua kali ganda sejak 18 bulan lalu, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat kewangan antarabangsa, Suisse Credit Group, WSJ berkata sejak awal tahun 2010 jutawan baru bertambah daripada 19,000 kepada 39,000 orang.

Jika dibuat perbandingan, jutawan di Indonesia pula bertambah daripada 52,000 kepada 112,000.

Sementara itu, seramai 183,000 rakyat Singapura didakwa memiliki harta bernilai lebih daripada US$1 juta dan jumlah tersebut meningkat tiga kali ganda sejak setahun yang lalu.

Lonjakan angka pertumbuhan jutawan baru tersebut berpunca daripada penurunan dolar Amerika Syarikat dan kadar penjimatan yang diamalkan.

Berbanding laporan yang dikeluarkan oleh Credit Suisse awal tahun lalu, tiga negara ini telah berjaya melahirkan 190,000 jutawan baru sejak 2010.

Bagaimanapun, jumlah tersebut masih jauh ketinggalan daripada negara tembok besar China yang berjaya melahirkan 212,000 jutawan baru.

“Peningkatan tersebut disebabkan oleh kejatuhan dolar Amerika, menyebabkan peningkatan dolar Singapura dan rupiah Indonesia,” lapor WSJ.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90