Minggu kesedaran kewangan 2011
Laman sesawang Islamicfinanceinfo itu mengetengahkan maklumat tersendiri mengenai kewangan Islam seperti konsep dan produk syariah yang boleh diperolehi di pasaran runcit bagi memudahkan pemahaman pengguna mengenai kewangan Islam, kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Laman sesawang itu yang boleh diakses di www.islamicfinanceinfo.com.my, dibangunkan bersempena dengan 'Minggu Kesedaran Kewangan 2011' yang bermula di The Village Mall, Sungai Petani hari ini.
Acara yang berlangsung selama seminggu ini dan akan berakhir pada 18 Oktober ini, adalah inisiatif bersama bank pusat, Suruhanjaya Sekuriti, Biro Mediasi Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Malaysia Deposit Insurance Corporation.
Persatuan Bank-bank Malaysia akan turut menyertai dalam acara tahun ini bersama-sama dengan Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia.
Bertemakan Financial Literacy, Happy Life, acara itu diadakan di Johor Baharu tiga tahun lepas, Kuala Terengganu pada 2009 dan Kota Kinabalu tahun lepas.
Minggu kesedaran kewangan 2011
"Minggu Kesedaran Kewangan 2011" bermula di gedung membeli belah The Village Mall di Sungai Petani, hari ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, acara tahun ini disasarkan untuk meluaskan lagi program capaian pendidikan pengguna kepada masyarakat luar bandar dan perniagaan kecil di wilayah utara.
Program itu akan dijalankan secara interaktif, memperkenalkan antara muka dan meningkatkan pengalaman pengguna dengan memberikan nasihat dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan khusus pelbagai kumpulan pengguna dan komuniti perniagaan yang disasarkan, kata BNM.
Bank pusat itu berkata, aktiviti akan bermula dengan beberapa siri kunjungan dan seminar mengenai pendidikan kewangan bagi kumpulan yang disasarkan termasuk pegawai kerajaan, badan beruniform, kolej dan universiti.
Ia kemudiannya diikuti pameran pendidikan kewangan dan sesi seminar harian mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembiayaan mikro.
Orang ramai, PKS dan usahawan pembiayaan mikro dipelawa untuk mengunjungi dan menyertai program itu yang akan berakhir pada 18 Oktober ini.
Butiran terperinci mengenai acara itu boleh dilayari di www.m2k.com.my atau dengan menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.
Minggu Kesedaran Kewangan itu merupakan inisiatif bersama antara bank pusat, Suruhanjaya Sekuriti, Biro Pengantaraan Kewangan, Agensi Pengurusan Hutang dan Kaunseling Kredit dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
Persatuan Bank-Bank di Malaysia juga akan menyertai acara tahun ini bersama dengan Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia.
- UTUSAN