Top Ad 728x90

, ,

Modul Literasi Maklumat 1Malaysia dilancar

MARAN 23 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hari ini melancarkan Modul Literasi Maklumat 1Malaysia (MLM1M) dalam usaha meningkatkan kemahiran pencarian maklumat secara berkesan dalam kalangan rakyat negara ini.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, kemahiran literasi maklumat adalah penting dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

''MLM1M yang diinisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertujuan meningkatkan kesedaran golongan pelajar, mahasiswa dan profesional tentang kepentingan literasi maklumat di samping melatih kumpulan sasar untuk menambah nilai kemahiran literasi maklumat.

''MLM1M juga bertujuan mendidik kumpulan sasar untuk mengenal pasti sumber rujukan, memahami kenyataan topik, merumus strategi pencarian, menilai dan memilih sumber yang relevan serta memahami etika penggunaan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Modul Literasi MLM1M di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ketua Pengarah PNM, Datuk Datuk Raslin Abu Bakar.

Tambah beliau, sebelum ini kemahiran pencarian maklumat hanya membabitkan golongan tertentu seperti pustakawan, penyelidik dan pengkaji tetapi kini ia dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Katanya, kemahiran literasi maklumat berkaitan dengan amalan membaca kerana kemahiran itu membolehkan individu dapat mencari dan memilih maklumat atau bahan yang akan dibaca sekali gus dapat menentukan kualiti maklumat itu.

"Dalam konteks ini, kadar membaca rakyat telah meningkat daripada dua naskhah buku setahun pada 2005 kepada lapan hingga 12 naskhah buku pada tahun lalu," jelasnya.

Sementara itu, Raslin berkata, sempena majlis tersebut PNM mengadakan Kem Literasi Maklumat yang disertai pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendedahkan kaedah pencarian maklumat menggunakan modul itu.

''Tiga modul itu ialah Modul Asas bagi peringkat prasekolah, Modul Pertengahan bagi pelajar sekolah menengah dan Modul Lanjutan bagi golongan profesional, penyelidik dan siswazah yang memerlukan pelbagai maklumat berintegiti," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90