Top Ad 728x90

,

Sesiapa Sertai PAS Wajib Ikut Haluan Parti - Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sesiapa yang menyertai parti itu wajib mengikut hala tujunya serta cara perjalanannya, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman.

Beliau berkata seluruh anggota PAS juga wajib meyakini perjuangan PAS walau pun parti itu tidak diberikan hak yang adil dalam memperjuangkan Islam.

"Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS.

"Namun PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam," katanya dalam kenyataan di laman web rasmi parti itu di sini, Khamis.

Abdul Hadi berkata individu yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang betul pasti akan 'tersungkur' manakala individu yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam parti tanpa mempedulikan adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa 'serigala politik' yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Kelmarin, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata parti itu perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan 'tidak tunduk kepada desakan sekutunya DAP'.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90