Top Ad 728x90

,

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pada 26 Januari 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 8,499 calon, 3,782 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 adalah calon Sekolah Agama Rakyat sementara 1,462 adalah calon persendirian manakala baki 37 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 26 Januari 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Februari 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Januari 2012

1 Comment:

  1. TAHNIAH KEPADA WARGA PELAJAR YANG BERJAYA DALAM SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

    PROMOSI KEMASUKKAN PELAJAR KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) DIBUKA SEKARANG

    Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran

    Belajar dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, "Master" dan "PhD" secara sepenuh masa atau separuh masa di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
    diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842836. Anda juga boleh menghubungi EN AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

    Menarik untuk para pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di Al Madinah International University (MEDIU) di Shah Alam, Selangor.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90