Dell XPS 13 - Paling Kompak


Dell XPS 13 antara komputer riba taruhan terbaru daripada Dell yang didakwa paling kompak pernah dihasilkan oleh syarikat terbabit.

Paparan skrin kaca seluas 13.3 inci ultrabook ini menawarkan edge-to-edge menjadikan ia kelihatan seolah-olah tidak memiliki bingkai.

Di tambah dengan teknologi jangka hayat bateri yang mampu bertahan sepanjang hari dan tebal hanya 3/4 inci serta seberat 2.99 paun menjadikan ia pilihan ideal bagi mereka yang kerap mengembara.

Menurut Naib Pengerusi, Operasi Global dan Pengguna Akhir Komputer Dell, Jeff Clarke, XPS 13 merupakan antara bukti komitmen Dell untuk menghasilkan komputer riba terbaik di dunia.

"Ia dihasilkan khusus untuk membantu kedua-dua belah pihak iaitu pengguna biasa dan penguna komersial agar lebih produktif dalam menjalani kehidupan seharian," katanya.

XPS 13 dilengkapi pemproses generasi kedua Intel Core i5 atau i7 dengan pemacu keras 128GB dan 256GB.

Paparan skrin XPS 13 dijana oleh grafik Intel HD 3000 dan WLED 300 yang terang serta jelas memberikan pengalaman pandangan yang memuaskan.

Secara fizikalnya, skrin XPS 13 diperbuat daripada Gorila Glass yang tahan lasak sesuai dengan rekaannya seolah-olah ia tidak berbingkai.

Selain itu, XPS 13 juga merupakan antara komputer riba pertama yang menggunakan teknologi Intel Smart Connect yang memudahkan sambungannya kepada Internet.

Menyedari kebanyakan pengguna mementingkan produk yang mesra alam, pereka Dell XPS 13 mereka bentuk komputer riba ini berdasarkan prinsip tersebut.

Di dalam rekaannya, Dell menggunakan LED tanpa merkuri atau arsenik, mengurangkan bahan toksik seperti Brominated Flame Retardants dan Polyvinyl Chloride (BFR/PVCs).

Malah setiap Dell XPS 13 turut dibungkus menggunakan bahan semulajadi berasaskan buluh untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.dell.com

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url