Kemas kini borang matrikulasi bermula 6 Feb 2012
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonan-matrikulasi/kemaskini
Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini.
Kenyataan itu berkata, mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi melalui talian 03-88844083/4036/4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja.