Top Ad 728x90

,

Lebih 270,000 Pencarum Perkeso Terima Kenaikan Pencen

Seramai 270,595 orang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menikmati kadar kenaikan bayaran faedah pencen, antara 1.3 hingga 3.7 peratus mengikut tempoh pencen.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika mengumumkannya, berkata pembayaran pencen baru itu berkuatkuasa 1 Jan tahun lepas melibatkan kedua-dua skim iaitu Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

"Perkeso akan membayar pelarasan tunggakan pencen bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2012 dan implikasi kewangan ekoran kenaikan kadar pencen itu dianggarkan berjumlah RM35.2 juta," katanya kepada pemberita dalam majlis pengumuman kenaikan kadar pencen Perkeso di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau berkata penerima pencen sebelum tahun 2008 akan mendapat kenaikan 3.3 peratus, penerima pencen tahun 2008 mendapat kenaikan 3.7 peratus, penerima pencen tahun 2009 kenaikan 3 peratus manakala penerima pencen tahun 2010 menerima 1.3 peratus kenaikan.

Sementara itu, beliau berkata Perkeso turut menaikkan kadar pencen minima di bawah Skim Pencen Ilat daripada RM250 kepada RM475 sebulan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Katanya seramai 56,399 orang akan menerima manfaat kenaikan kadar pencen minima itu dan implikasi kewangan akibat pelarasan serta tunggakan yang terlibat berjumlah RM46.58 juta.

"Bayaran pencen pada kadar baru serta tunggakan pelarasan pencen akan dibayar mulai April depan," katanya.

Beliau berkata kenaikan kadar baru pencen dan pencen minima itu hasil daripada satu kajian aktuari yang dijalankan bersama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Perkeso pada akhir tahun 2011.

Beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso.

"Dari semasa ke semasa, kajian berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan penyesuaian kadar bayaran pencen dilaksanakan agar penerima faedah tersebut berada pada tahap ekonomi semasa serta dapat menampung kos sara hidup yang meningkat," katanya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90