Lima wanita permainkan cinta Amir Raja Lawak


Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.

"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.

Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.

Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.

"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.

"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Mekanik Kereta
    Mekanik Kereta Selasa, 3 April 2012 pada 5:09:00 PTG SGT

    Go amir go,lawak amir memang terbaik!

Add Comment
comment url