Tuah berkongsi tempoh masa berbual Celcom
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kata-kata keramat itu sesuai diberikan kepada seorang suri rumah, Afiza Azmi, 21, yang memenangi hadiah utama peraduan kempen Celcom Airtime Share anjuran syarikat telekomunikasi gergasi negara, Celcom Axiata Berhad.
Suri rumah yang berasal dari Kampung Debak Laut, Sri Aman, Sarawak itu membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3 FLX dalam satu majlis penyerahan hadiah baru-baru ini.
"Saya merupakan pengguna setia rangkaian Celcom sejak lebih tiga tahun lalu dan terkejut setelah diumumkan sebagai pemenang menerusi peraduan tersebut.
"Saya tidak menyangka dengan hanya menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual bersama saudara-mara dan sahabat-handai, saya dipilih sebagai pemenang hadiah utama," katanya.
Menurutnya, dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Celcom kerana memilihnya sebagai pemenang utama peraduan tersebut.
Penyerahan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Operasi, Data Terkini Celcom, Afizulazha Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor.
Peraduan yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan berlangsung selama lima minggu dan berakhir pada awal tahun ini.
Sebanyak 35 buah Samsung Galaxy Tab 7 Plus diberikan kepada setiap pemenang harian yang menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual dipilih menerusi peraduan tersebut.
Dalam pada itu, Afizulazha turut berkata, Celcom sentiasa memberi peluang kepada
"Selain daripada tawaran ganjaran, kami juga menawarkan kemudahan perkongsian tempoh bual prabayar bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa.
"Kami juga bercadang untuk terus mengadakan peraduan bagi kempen tersebut pada tahun ini untuk disertai oleh pengguna-pengguna rangkaian Celcom, " katanya.
Celcom turut mengadakan promosi melalui kempen Celcom Airtime Share yang bermula pada 5 Februari sehingga 12 Mei 2012.
Pengguna Celcom berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti, televisyen LCD dan telefon BlackBerry dan pelbagai hadiah dengan hanya menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual sebanyak tiga kali seminggu.
Pengguna prabayar dan pascabayar rangkaian Celcom boleh menggunakan perkhidmatan perkongsian tempoh bual serendah RM1 bersama keluarga dan rakan-rakan dengan hanya menaip RM
Sementara itu, kepada pengguna Celcom yang ingin membuat permintaan tempoh bual, taip RQ
- KOSMO!