Keputusan EURO 2012 : Ireland 1 Croatia 3 (Kumpulan C)

CROATIA mengungguli tangga teratas Kumpulan C apabila membenam Republik Ireland 3-1 di Stadium Municipal, Poznan.

Pasukan itu yang memulakan sepakan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Mario Mandzukic.

Mengambil kira keputusan seri 1-1 membabitkan Sepanyol dan Itali sebentar tadi, Croatia berjaya menbawa pulang tiga mata penuh dalam usaha mengukuhkan kedudukan untuk ke pusingan suku akhir.

Pertahanan Ireland, Sean St. Ledger menanduk cantik hasil hantaran sepakan percuma dari Kevin Doyle menewaskan penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa pada minit ke-19 menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Nikica Jelavic melepasi perangkap ofsaid pasukan Ireland dengan menjaringkan gol kedua buat Croatia.

Masuk babak kedua permainan, Mandzukic sekali lagi mengejutkan Ireland dengan menambah gol ketiga Croatia menerusi tandukan menewaskan penjaga gol, Shay Given pada minit ke-48 sekaligus gol kedua peribadinya setakat ini.

Selepas itu, Ireland mula mencipta gerakan berbahaya mengasak kubu lawan untuk merapatkan kedudukan namun tuah tidak menyebelahi mereka.

Pada saingan Kumpulan D esok, iaitu perlawanan yang dinanti-nantikan peminat bola sepak, Perancis menentang England manakala Ukraine bertemu Sweden.


Barisan kesebelasan utama

Republik Ireland:

1.Given
4.O'Shea
2.St. Ledger
5.Dunne
3. Ward
7.McGeady
6. Whelan
8. Andrews
11.Duff
9. Doyle
10. Keane (k).


Croatia:

1.Pletikosa
5.Corluka
13.Schildenfeld
2.Strinic
8.Vukojevic
11.Srna (k)
7.Rakitic
10.Modric
20.Perisic
17. Mandzukic
9. Jelavic.


Sekilas fakta

- Keputusan semasa: Republik Ireland (1) Croatia (3)

- Penguasaan bola: Republik Ireland (45%) Croatia (55%)

- Pemain terima kad kuning: Keith Andrews (Rep Ireland) Luka Modric, Niko Krancjar (Croatia)

- Sasaran ke gawang: Republik Ireland (13) Croatia (14)

- Hero pasukan: Mario Mandzukic (Croatia)

- SINAR HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url