Mobileye bantu elak kemalangan


JIKA inginkan 'mata ketiga' untuk mengelak anda daripada terbabit dalam perlanggaran dan kemalangan ketika memandu di lebuh raya atau jalan raya dalam bandar.

Gajet ini - Mobileye C2-270 mungkin jalan penyelesaiannya.
Mobileye C2-270 adalah aksesori sistem pencegah perlanggaran. Ia adalah platform berasaskan penglihatan mono-kamera unik yang berfungsi sebagai mata ketiga atau radar bagi pemandu.


Ianya dipacu oleh set cip pintar yang berupaya menganalisis risiko kemalangan sehingga 2.7 saat sebelum perlanggaran hadapan antara kenderaan, menukar laluan atau lorong secara mengejut, jarak trafik selamat dan mengesan bahaya pejalan kaki, basikal dan motosikal secara masa nyata menerusi amaran audio dan visual.

Antara ciri-ciri bijak yang pada Mobileye model C2-270 ialah:

Pedestrian Collision Warning (PCW)

Memberi amaran awal jika terdapat pejalan kaki atau penunggang basikal melintas atau di hadapan kenderaan anda secara mengejut.
Urban Forward Collision Warning (UFCW)

Memberi amaran jarak selamat antara kenderaan anda dan kenderaan hadapan ketika trafik sesak atau ketika menunggu lampu isyarat.

Malah, kadangkala kita terleka menggunakan telefon bimbit sehingga tidak sedar kenderaan kita bergerak perlahan dan melanggar kenderaan hadapan.

Forward Collision Warning (FCW)

Memberi amaran kecemasan atau kritikal jika kenderaan di hadapan anda memperlahankan kereta secara mengejut atau membrek kecemasan.

HMW (Headway Monitoring & Warning (HMW)

Memberi jarak selamat mengekori kenderaan hadapan bagi mengelakkan perlanggaran dan mengekalkan kelancaran trafik. Jarak selamat ini boleh diubah atau dilaras bergantung pada cara pemanduan masing-masing.

Lane Departure Warning (LDW)

Memberi amaran jika anda mengantuk atau terbabas dari lorong kenderaan anda. Ciri ini tidak akan mengeluarkan amaran jika anda menukar laluan dengan bijak iaitu diikuti dengan lampu isyarat kiri atau kanan sekali gus mendidik cara pemanduan berhemah.

Intelligent High-Beam Control (IHC)

Berfungsi secara automatik pada malam hari dengan mengaktifkan lampu tinggi kenderaan anda jika tiada kenderaan di hadapan sementara menukarkan kembali kepada lampu rendah jika terdapat trafik di hadapan bagi mengelakkan silau lampu tinggi dari kenderaan anda.

Speed Limit Indication (SLI)

Mengesan papan tanda had laju kebangsaan secara masa nyata dan memberi amaran jika kenderaan anda memecut melebihi had laju terbabit sekali gus mengelakkan saman had laju.

Ciri ini boleh diaktifkan dan dimatikan mengikut kehendak pemandu.

Pengguna pada bila-bila masa boleh melaras atau menutup kesemua tahap amaran audio kecuali pada ciri penting kritikal iaitu FCW dan UFCW yang akan mengekalkan tahap amaran audio pada tahap standard.

Menariknya sistem canggih seumpama ini sudah mula dipasang sebagai alatan standard wajib pada kebanyakan kenderaan Jepun, Eropah dan Amerika seperti Volvo, Audi, BMW dan Honda bagi membantu mengesan perlanggaran awal yang sudah semestinya dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Bagi yang mementingkan keselamatan, alat aksesori kenderaan wajib ini boleh dipasang pada mana-mana model kenderaan sama ada kereta, bas, lori, kren dan mana-mana kenderaan berat dengan masa pemasangan di antara satu hingga dua jam bergantung pada model kenderaan anda.

Harga permulaan termasuk caj pemasangan di Semenanjung Malaysia ialah RM2,600 dengan setahun jaminan dan boleh didapati di Eltek Solution KL dan cawangannya di Kota Bharu.

Maklumat lanjut di www.eltek.com.my atau www.facebook.com/elteksolutions.

 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url