Top Ad 728x90

,

PNB Umum Agihan Pendapatan 2012 sebanyak 6.3 Sen Seunit Bagi ASN 3

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Selasa mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), bagi tahun kewangan berakhir 30 November, 2012, kenaikan 0.3 sen berbanding enam sen seunit tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pengagihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran berjumlah RM8.11 juta dan memberi manfaat kepada 11,652 pemegang unit yang memegang gabungan 128.81 juta unit dalam ASN 3.

Semasa mengumumkan prestasi ASN 3, beliau berkata daripada jumlah itu, pendapatan dividen menyumbang RM4.11 juta atau 38.27 peratus, keuntungan daripada penjualan saham pada RM4.09 juta (38.08 peratus) manakala RM2.54 juta (23.65 peratus) diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan ASN 3 akan dikira berasaskan pegangan unit pada 30 Nov, 2012, iaitu hari terakhir tahun kewangan tahun dana tersebut.

Ia akan dilabur semula ke dalam unit tambahan ASN 3, yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih pada 30 November, 2012.

Beliau berkata, semua urus niaga bagi ASN 3 di pejabat-pejabat dan ejen ASNB telah digantung mulai hari ini hingga 2 Disember ini untuk memudahkan pengiraan agihan pendapatan.

Ketika mengulas lanjut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ia mempunyai keupayaan membayar sehingga 14 sen seunit tetapi memutuskan untuk membayar 6.3 sen seunit, yang sesuai selepas mengambil kira risiko sederhana.

"Setakat ini, kami telah mengumumkan pengagihan pendapatan untuk tujuh unit amanah yang melibatkan RM2.566 bilion. Hanya dua lagi yang tinggal iaitu Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang akan diumumkan bulan depan," kata beliau.

ASN 3 adalah dana seimbang harga berubah-ubah dengan objektif penjanaan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga jangka panjang dengan melabur dalam pelaburan portfolio seimbang melalui pelaburan semula pengagihan, jika ada.

ASNB merupakan anak syarikat milik penuh PNB yang menguruskan dana unit amanah yang dilancarkannya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90