Top Ad 728x90

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M diteruskan

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0.

Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti dahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2. Saya yakin, berdasarkan apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, 'the best is yet to come' (yang terbaik bakal menyusul).

- BERNAMA


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90