Khaled Nordin angkat sumpah MB Johor
JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor pada jam 10.40 pagi tadi.
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.
Khaled menggantikan Datuk Ghani Othman.
Ghani mentadbir Johor selama empat penggal sebelum beliau bertanding di peringkat Parlimen, yang menjadi indikator bahawa Johor akan memiliki menteri besar baru.
Khaled pada PRU13 berjaya memenangi kerusi Dun Permas dengan memperolehi 23,952 undi.
Lawannya dari Pas, Syed Othman Abdullah memperolehi 18,200 undi.
- SINAR HARIAN