PRK Teluk Intan: Hari Mengundi 31 Mei, Penamaan Calon 19 Mei 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei 2014 ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian awal akan diadakan pada 27 Mei.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat khas PRK Parlimen Teluk Intan di Ibu Pejabat SPR di sini, Khamis.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP.

Seah, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Sumber : mSTAR

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url