Kereta terbakar di LPT 2 dekat Ajil
Menurut ibunya Zainab Wangai, 34, anak tunggalnya itu memeluk dan mencium seluruh mukanya seperti tidak mahu berpisah dan pada awal paginya telah memberitahu beliau, yang dia mahu tinggal di rumah, menemani ibu kerana tidak mahu tinggalkan ibu seorang diri.
Zainab berkata Umra Rayyan sangat rapat dengan Nur Syalia yang menuntut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dan berkali-kali sepupunya itu berpesan supaya Umar turut serta menghadiri majlis konvokesyennya.
"Saya agak pelik pagi itu arwah seperi berat hati untuk ke sana dan sebelum itu Umar turut meminta saya belikan hadiah sempena konvokesyen sepupunya itu namun saya tidak sempat dan hanya memberikan wang kepadanya,," katanya.
Zainab yang bekerja di sebuah pusat servis Perodua di Kelantan berkata beliau telah memohon cuti bagi menyertai majlis anak saudaranya itu namun permohonan cutinya ditolak.
Menurutnya pada kira-kira pukul 2 petang kejadian itu, kakaknya Sharifah Wangai, 49, ada menghubunginya memaklumkan kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan di LPT2. Namun kira-kira pukul 4.50 petang kakaknya sekali lagi menelefon dan memaklumkan semua meninggal dunia akibat kereta terbakar.