Top Ad 728x90

, , ,

Biasiswa JPA - MARA Untuk Lepasan SPM 2015



Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2016 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas JPA MARA bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama.

Program Khas JPA-MARA adalah program penajaan untuk pelajar Bumiputera dengan keputusan SPM yang sangat baik dan cemerlang bagi melanjutkan pelajaran dalam kursus pilihan seperti berikut:

Program Akademik Jepun (PAJ)

Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke negara-negara lain dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial. Pelajar akan menjalani program persediaan khas sebelum mengikuti ijazah pertama ke Jepun. penempatan kolej persediaan untuk Program Akademik Jepun akan diadakan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

Program Ijazah Pertama di Universiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked University – GLU)

Program Ijazah Pertama di Universiti di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company – GLC) (Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia).

Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Universiti pilihan sebelum meneruskan Ijazah Pertama di universiti yang sama.

Program Ijazah Ijazah Pertama di IPTS

Program Ijazah Pertama di IPTS akan menyediakan pelajar sebelum ke peringkat Ijazah mereka di Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia dalam bidang perubatan. Program persediaan ini akan dijalankan di Kolej Teknologi Timur (KTT) dan Sekolah Islam Antarabangsa Malaysia (International Islamic School Malaysia – IISM).

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2015 sahaja. Calon-calon juga mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/ Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2015 pada kali pertama.
c) Mempunyai kesihatan yang baik.
d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat-syarat Khusus Permohonan

Program: Kejuruteraan
Luar Negara: Jepun
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Matematik tambahan
Fizik
Kimia; dan
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil
Program: Sains
Contoh: Bio Sains, Bio Perubatan, Sains Kesihatan, Fizik, Matematik, Sains Makanan, Sains Aktuari
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi / Fizik / Kimia
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
Program: Sains Sosial & Kemanusiaan
Contoh: Perundangan, Ekonomi, Komunikasi, Pemasaran, Hubungan Antarabangsa, Hospitaliti, Perbankan, Statistik, Psikologi, Eko Pelancongan
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Perakaunan / Ekonomi / Perdagangan / Kesusasteraan Melayu / Geografi / Sains dan Teknologi
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
Program: Perubatan
Dalam Negara
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) matapelajaran berikut:

Bahasa Melayu;
Bahasa Inggeris;
Sejarah;
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
Matematik;
Matematik Tambahan;
Biologi/Fizik/Kimia/; dan
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 4 Mac 2016 hingga 10 Mac 2016 di : http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan_mara/index.php?program=PKJM

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.

Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90