Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 (2017)



Berikut Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 (2017)

Juara Lagu AJL 31: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah (RM50,000 + Trofi )

Tempat Kedua: Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (RM35,000 + Trofi)

Tempat Ketiga: Sudah Ku Tahu – Projektor Band (RM20,000 + Trofi)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (RM12,000 + Trofi)

Persembahan terbaik: Hang Pi Mana – Khalifah (RM12,000 + Trofi)


Senarai 12 Calon Finalis Lagu Anugerah Juara Lagu (AJL31)

Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah
Terakhir – Sufian Suhaimi
Sudah Ku Tahu – Projektor Band
Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar
Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
Di Amaran Mama – Hazama
Obses – Akim & The Majistret
Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Kalah Dalam Menang – Mawi & Syamsul Yusof
ang Pi Mana – Khalifah
Anugerah Terindah – Black


Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak pernah meletakkan dirinya di tahap tertinggi apabila merangkul trofi Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut selain meraih kejuaraan menerusi lagu Lelaki Teragung pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung pada malam Ahad.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 35, sebaliknya berkata, kemenangan itu membuatkan dia berasa rendah diri dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

"Tidak terlintas di hati saya menganggap diri sudah hebat tetapi saya harus bersyukur dengan kemenangan ini dan ia rezeki.

"Jika pada masa hadapan saya kalah tidak mengapa kerana itu adalah proses pembelajaran dan ruang untuk saya memperbaiki diri," katanya.
Pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, selain Vokal Terbaik, Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran itu turut diumumkan sebagai juara AJL31.

Naib juara pula milik lagu berjudul Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar.

Lagu ciptaan Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu pula mendapat tempat ketiga.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 dan RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, Dayang membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000.

Untuk rekod, ia kemenangan ketiga penyanyi itu menerusi kategori berkenaan dan sebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Dalam pada itu, Dayang berkata, dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir saat lagu berkenaan diumumkan sebagai juara.

"Ketika Lelaki Teragung diumumkan sebagai juara, pelbagai memori tentang perjalanan karier terimbau di minda sehingga menyebabkan saya tidak dapat menahan air mata.

"Malu juga sebenarnya kerana menangis sehingga tidak dapat menyanyi dengan baik tetapi ia air mata gembira.

"Bagaimanapun kemenangan ini memang saya tidak jangkakan kerana fokus saya hanya ingin memberikan persembahan terbaik buat peminat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayang berkata, dia kini sedang menyiapkan album terbaharunya dan teruja apabila ia bakal memuatkan lagu daripada komposer seperti Ajai dan Aubrey Suwito.


Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi berserta hadiah sampingan lain.

Kata penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, selain terlalu gembira dia sebak apabila terkenangkan perjalanan pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni.

- mSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url