Top Ad 728x90

,

Angka korban coronavirus meningkat 170 orang di China


 Jumlah kematian akibat penularan coronavirus di China terus meningkat kepada 170 orang apabila wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu.

Hubei, pusat penularan coronavirus yang mencetuskan kebimbangan global, melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu yang disahkan.

Kes kematian turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet dengan masing-masing melaporkan kes pertama, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Dalam kenyatannya hari ini, suruhanjaya itu mengesahkan jumlah keseluruhan kes jangkitan coronavirus adalah 7,711 orang setakat semalam, manakala 12,167 lagi kes disyaki.

Angka kematian dan kes baharu dijangka meningkat lagi apabila angka di seluruh negara dikeluarkan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran kepada semua kerajaan untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap virus seperti SARS yang merebak berikutan ratusan warga asing dipindahkan dari kawasan jangkitan virus itu.

Selain peningkatan kes di China, lebih 12 negara melaporkan penularan virus berkenaan dengan kes baharu dilaporkan di Finland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

WHO memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada coronavirus harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global - suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

- AFP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90