Top Ad 728x90

, , ,

Hawar berdarah tiada risiko jangkiti manusia

hawar berdarah

 

 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik berikutan tiada risiko penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS boleh menjangkiti manusia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam satu kenyataan berkata, penyakit itu biasanya menyerang ternakan lembu atau kerbau dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 hingga 24 jam selepas dijangkiti.

“Penyakit itu merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella Multocida (p. multocida) Carter’s Type B.

“Ia kerap menyerang ternakan pada musim hujan. Bagaimanapun, penyakit HS adalah penyakit bukan zoonotik dan ia tidak menjangkiti manusia,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, JPV turut memaklumkan bahawa penyakit disyaki HS telah dikesan menjangkiti sebanyak 30 ekor kerbau di Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu.

“Bedah siasat ke atas ternakan yang mati telah dijalankan oleh JPV Terengganu dan semua sampel telah dihantar ke makmal bagi tujuan pengesahan penyakit.

“Susulan daripada itu, notis arahan kuarantin mengikut Seksyen 18 Akta Binatang 1953 telah dikeluarkan dan diserahkan kepada penternak pada 13 September lalu,” tambah kenyataan itu.

Katanya, pemberian ubat antibiotik pada ternakan yang bergejala juga telah dilakukan sebagai langkah tindakan kawalan dan pencegahan.

Difahamkan JPV Terengganu turut memberikan khidmat nasihat kepada penternak mengenai kepentingan program pemvaksinan penyakit HS bagi tujuan pencegahan penyakit tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kematian 36 ekor kerbau milik Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ sejak Rabu lalu, disebabkan penyakit HS. 

 Sumber : Kosmo!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90