Pelakon suara Doraemon meninggal dunia

 


Pelakon suara Jepun, Tomita Kosei yang dikenali dengan suara asal siri animasi Doraemon dan beberapa anime lain disahkan meninggal dunia akibat strok pada 27 September lalu, lapor portal Today Online hari ini.

Kosei, 84, ialah seorang graduan dari Fakulti Undang-Undang di Universiti Chuo dan memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik serta mula terlibat dalam lakonan suara sejak 1963.

Mendiang adalah suara asal siri Doraemon yang mula disiarkan di televisyen pada tahun 1973. Suara Kosei juga dipinjamkan pada beberapa siri animasi popular seperti Detective Conan dan Astro Boy.

Bagaimanapun, suara Kosei kemudiannya digantikan oleh pelakon wanita Masako Nozawa. Pertukaran suara itu pada pertengahan musim siaran mencetuskan kemarahan ramai peminat.

Tiada maklumat dikongsi berhubung sebab pertukaran suara Kosei kepada Nozawa dibuat.

Kosei juga adalah pelakon suara beberapa filem Hollywood termasuk Kung Fu Panda dan While You Were Sleeping.

Pada 2009, Kosei diberi pengiktirafan Anugerah Merit pada Majlis Anugerah Tahunan Seiyu ke-3. 

Sumber : Agensi

 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url