Istana Buckingham siar foto pusara Ratu Elizabeth II

 


Istana Buckingham menyiarkan satu foto menunjukkan pusara Ratu Elizabeth II di makam diraja di Istana Windsor.

Ia memaparkan batu lejar mengandungi nama baginda dan ibu bapanya serta suaminya Putera Philip.

Batu itu, diperbuat daripada marmar hitam Belgium, di King George VI Memorial Chapel, DI gereja kecil, St George's Chapel di Istana Windsor.

King George VI Memorial Chapel adalah ruangan untuk menempatkan jasad ahli keluarga Ratu Elizabeth II.

Sebelum ini, ia menempatkan jasad bapa dan ibu baginda iaitu, George VI dan Elizabeth.

Ratu dikebumikan di sana bersama-sama ibu bapa dan suaminya, selepas istiadat pengebumian negara di Westminister Abbey, Isnin lalu.

Tulisan pada batu itu memaparkan George VI 1895-1952 / Elizabeth 1900-2002 pada dua baris atas, diikuti dengan bintang garter diikuti Elizabeth II 1926-2022 / Philip 1921-2021 pada dua baris bawah.

Kakak Ratu Elizabeth, Puteri Margaret, juga dikebumikan di gereja itu, di Istana Windsor di barat London.

Elizabeth meninggal dunia di kediaman musim panasnya di tanah tinggi Scotland, Istana Balmoral, 8 September lalu selepas 70 tahun bertakhta.

Selepas kemangkatan Baginda, anaknya Putera Charles menaiki takhta dengan membawa gelaran Raja Charles III.

Sumber : Reuters

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url