Raja Petra, penulis blog kontroversi meninggal dunia di UK


Penulis blog, Raja Petra Kamarudin yang juga pengendali laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel berkait politik Malaysia meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) akibat jangkitan kuman dalam darah.

Kematiannya pada usia 74 tahun disahkan oleh abangnya, Raja Idris, pagi tadi, menurut portal FMT.

"Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK," katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia.

Raja Petra yang menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu, terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.

Raja Petra dilahirkan pada 27 September 1950 adalah ahli kerabat diraja Selangor dan juga anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.

Allahyarham berkahwin dengan Marina Lee Abdullah pada 14 April 1973 dan mempunyai lima anak dan dua orang cucu.

Raja Petra pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan 2008.

Sumber dari Berita Harian

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url