Tol percuma sempena Deepavali 2024

 


Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali.

Beliau berkata, tol percuma bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Okt itu akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

Menurutnya, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Pemberian tol percuma ini selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url