Biodata Tun Daim Zainuddin

 


BIODATA

* Nama Penuh : CHE ABDUL DAIM ZAINUDDIN

* Tarikh Lahir: 29 April 1938

* Tempat Lahir: Derga, Alor Setar, Kedah

Kerjaya:

* 1957: Bermula sebagai guru sementara di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)

* 1959: Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn

* Terlibat dalam perkhidmatan guaman di Kota Bahru, Kelantan

* Memasuki perkhidmatan guaman kerajaan, berkhidmat sebagai Majistret di Johor

* Bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Perak

* 1966: Berkhidmat di firma guaman terkemuka Allen & Gledhill

* Menubuhkan firma guamannya, Daim, Gamani. & Co.

Pembabitan dalam dunia perniagaan:

* Dua perusahaan komersial pertamanya iaitu perniagaan garam dan pengeluaran plastik, gagal.

* 1973: Berkecimpung dalam pembangunan hartanah selepas memperoleh tanah bernilai di Maluri, pinggir Kuala Lumpur.

* Menubuhkan Syarikat Maluri Sdn Bhd, iaitu beliau memegang majoriti pemilikan 60 peratus

* 1982: Menurut Asiaweek, langkah ini terhasil daripada hubungan rapat Daim dengan Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

* Beliau kemudiannya mempelbagai pegangannya dengan melabur dalam pasaran saham.

* Bertindak sebagai perunding perniagaan kepada Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

* 1977 – 1979: Memperoleh Sarjana dalam Perancangan Bandar di Universiti California, Berkeley.

* Dilantik sebagai pengerusi pemaju hartanah Peremba, milik Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

* 1982: Dilantik mengetuai syarikat pelaburan UMNO, Fleet Holdings Sdn Bhd, setahun selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden UMNO

Daim dalam politik negara:

* 1980: Dipilih sebagai Senator

* 1981: Menyandang jawatan sebagai bendahari UMNO yang ketika itu mentadbir Kerajaan Persekutuan

* 1982: Dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat mewakili Parlimen Kuala Muda di negeri kelahirannya, Kedah

* 1985: Dilantik menteri kewangan, dan bertindak Bendahari UMNO

* 1991 – 1998: Daim, atas pilihannya sendiri, ‘keluar’ dari Jemaah Menteri

* 1999: Kembali semula atas permintaan Dr Mahathir, untuk menguruskan ekonomi Malaysia sepanjang krisis kewangan Asia 1997 hingga 1998.

* 2001: Meletak jawatan dari jawatan ini dan kemudian meninggalkan politik untuk menumpukan perhatian kepada urusan perniagaannya.

* 2018: Mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan ketika Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU14


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url