PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran menerusi laman sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan 'Pak Lah', menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.
"Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh," katanya.
- BERITA HARIAN
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.