BNM tambah 12 entiti baharu dalam senarai amaran pengguna kewangan

 


Bank Negara Malaysia (BNM) memasukkan 12 entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Ia terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Syarikat yang telah ditambahkan ke dalam senarai itu ialah Versa Investment (tidak berkaitan dengan Versa Asia Sdn Bhd); Master Binary; Master Binary Trade; Master Binary Options; Binary Options; Binary Options FX; Sejahtera Invest;

Sahabat Invest; Tengku Forex; Global Asia FX; Bold Prime dan Fokiyoks.

"Sila ambil maklum bahawa maklumat terkini berkenaan dengan Invest KL Malaysia (tidak berkaitan dengan InvestKL), HSBC Bank Investment (tidak berkaitan dengan HSBC Bank Malaysia Berhad) dan Headway juga telah dikemas kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan," menurut notis yang dikeluarkan BNM.

Bank pusat itu berkata, senarai itu akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai.

Ia juga memaklumkan bahawa senarai itu tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, orang ramai boleh melayari bnm.gov.my/fca.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url