Pas My50 kini boleh diperbaharui melalui e-Wallet

 


Pengguna Pas My50 tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter bermula 1 Julai ini apabila urusan pembaharuan boleh dilakukan terus menerusi aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah pendigitalan itu membolehkan pengguna memperbaharui pas perjalanan tanpa had tersebut secara digital tanpa perlu menunjukkan MyKad seperti kaedah sebelum ini. 

Katanya, inisiatif pendigitalan itu membolehkan proses pembaharuan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian, hanya dengan melalui proses pengesahan e-KYC (electronic Know Your Customer) bagi membuktikan status warganegara. 


Pengguna kini boleh memperbaharui Pas My50 terus dari telefon bimbit.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url