Cukai perkhidmatan lapan peratus ke khidmat kewangan bermula 1 Julai 2025

 


Bank-bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata pelaksanaan cukai itu akan dibuat secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.

"Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen," kata kenyataan itu.

"Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam," katanya lagi.

Sumber  Berita Harian


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url