Pemilihan & Perlantikan Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir Diplomatik

Sistem pentadbiran dan pengurusan awam Malaysia adalah di antara elemen
penting dalam mencapai dan menentukan keharmonian, kemakmuran dan
pembangunan negara. Malahan dengan kecekapan pentadbiran dan
pengurusan yang ada membolehkan negara berdiri teguh sebagai sebuah
negara yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.

Tunjang Perkhidmatan Awam Malaysia telah lama diterajui oleh pegawai-
pegawai dari Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menjadi nadi
dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Malah hampir
semua jawatan-jawatan strategik kerajaan di peringkat pusat, luar negeri
mahupun negeri serta daerah diterajui oleh PTD.

Seawal tahun 1910, skim Pegawai Tadbir Melayu atau Malay Administrative
Officers (MAO) telah ditubuhkan sebagai pelapis kepada skim Perkhidmatan
Tadbir Malaya atau Malayan Civil Services (MCS) yang merupakan tunjang
pentadbiran British di Tanah Melayu dan menyerapkan beberapa pegawai
Melayu ke dalam MCS yang pada masa itu kesemuanya merupakan pegawai
kelahiran British.

Skim Malayan Civil Services (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi
sepanjang penubuhannya sehinggalah pemansuhannya pada tahun 1966
selepas penubuhan Malaysia dan digantikan dengan Perkhidmatan Dalam
dan Luar Negeri Malaysia (Malaysian Home and Foreign Service). Namun
begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam struktur pentadbiran awam
Malaysia tetap diteruskan. Pada tahun 1972, perkhidmatan ini di tukar nama
kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).



A. PROSES PENGAMBILAN PTD
i) Peperiksaan Untuk memasuki perkhidmatan PTD, terlebih dahulu seseorang calon itu
perlu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada
melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya semua calon akan menghadapi tiga tapisan sebelum
mereka dilantik sebagai PTD. Tapisan pertama adalah peperiksaan. Hanya
mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas
bagi memasuki perkhidmatan PTD ini, dengan syarat minimum sekurang-
kurangnya memiliki ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian sama daripada
Universiti dalam mahun luar negara yang diiktiraf. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan
memandangkan mereka yang menduduki peperiksaan ini mempunyai
kelayakan akademik daripada pelbagai disiplin. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah bersifat objektif dan subjektif dan
sukatannya dibahagikan kepada lima bahagian seperti berikut; Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan Masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

ii) PTD Assessment Centre (PAC) Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD ini sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Asssessment
Centre (PAC). PAC adalah satu pusat yang membantu pihak SPA membuat
penilaian terhadap calon-calon PTD sebelum mereka yang benar-benar layak
dan sesuai sahaja dipanggil untuk ditemuduga dan seterusnya dilantik ke
Perkhidmatan Awam. Ia telah mula dilaksanakan pada tahun 1999.
Pelaksanaan PAC ini melibatkan kesemua kampus wilayah INTAN termasuk
INTAN Sabah dan INTAN Sarawak. Calon-calon yang telah lulus
peperiksaan akan dipanggil ke mana-mana kampus wilayah dan mereka akan
mengikuti program ini selama 3 hari.

Nilai kompetensi yang akan diuji pada setiap calon adalah seperti berikut:

KOMPETENSI PEMERHATIAN PENGERTIAN

Kualiti Personal Tatakelakuan
Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran

Penampilan
Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana Keyakinan Diri Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan Potensi Kepimpinan Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik Pengetahuan

Kematangan idea Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan
diterima Kemahiran Kemahiran berkomunikasi Berkebolehan berkomunikasi di
kalangan rakan dengan yakin dan berkesan Pengucapan awam/Public speaking Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan Debat ala parlimen

Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

Calon-calon akan turut menjalani beberapa ujian kecergasan seperti larian
2.4 km dengan kiraan masa serta senaman-senaman jasmani yang lain.


iii) Temuduga Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka
benar-benar bergelar PTD adalah temuduga yang dijalankan oleh pihak SPA.
Markah-markah penilaian calon akan diuruskan oleh Urusetia PAC di mana
satu pangkalan data markah akan diselenggarakan. Nama-nama calon akan
disusun mengikut keutamaan atau ranking bertujuan untuk mengekalkan
calon-calon yang berkualiti dan akan dibentang dan diserahkan kepada SPA .
Hanya mereka yang berkualiti dan mendapat markah penilaian yang tinggi
sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan seterusnya dilantik.

B. LANTIKAN
Mereka yang berjaya dalam temuduga akan menerima surat tawaran
perlantikan sebagai pegawai Perkhidmatan tadbir dan Diplomatik.

Untuk menjadikan para pegawai PTD muda atau yang baru dilantik ini
berpengetahuan, serba boleh serta mempunyai satu budaya kerja yang
mantap dan cemerlang, maka beberapa pendekatan yang khusus dijuruskan
bagi mencapai matlamat ini. Terdapat empat tahap latihan atau modul kursus
yang perlu mereka tempuhi secara mandatori.



Tahap 1

Kursus PTD Unggul (10Hari)

Tahap ini adalah tahap yang paling asas dalam perkhidmatan seseorang PTD
di mana apabila sahaja mereka menerima tawaran perlantikan daripada pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) maka kehidupan mereka akan
dimulakan dengan modul kursus PTD Unggul. Modul pertama ini
dilaksanakan di Kampus-kampus INTAN yang terpilih dan dilaksanakan
selama 10 hari. Unggul secara umumnya adalah sesuatu yang bermaksud
tersohor, terbilang atau something beyond ordinary.

Perkhidmatan PTD sebagai perkhidmatan utama dan pemimpin perkhidmatan
awam memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya
kepimpinan yang diberikan adalah berkesan, memenuhi kehendak dan
keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
yang mendatang. Justeru itu, objektif modul ini adalah untuk;
i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni
demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;

memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat
stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada
masa hadapan; dan iii) memdedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani mental dan rohani bagi
melahirkan insan yang seimbang.
Penyumbang input kepada modul ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai
kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-
masing. Pada pengakhiran modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini
pastinya akan berdebar-debar kerana pada masa inilah mereka akan
mengetahui penempatan masing-masing di Kementerian-kementerian atau
Jabatan-jabatan sama ada di Persekutuan mahupun Negeri. Maka di sini
bermulalah tahap kedua dalam kehidupan mereka sebagai seorang PTD
muda.



Tahap 2

Penempatan di Agensi (6 Bulan)

Pada tahap ini seseorang PTD muda akan ditempatkan selama 6 bulan di
Kementerian-kemeterian atau Jabatan-jabatan untuk mereka mendapat
pendedahan peranan dan fungsi PTD secara keseluruhannya. Sebagai
peneraju perkhidmatan awam, mereka perlu sedar akan tanggungjawab
mereka sebagai pemimpin, penggubal dan pelaksana dasar-dasar negara
serta penasihat kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini mereka
akan dilatih secara on job training dan mereka, seperti mana rakan-rakan
sejawat PTD yang lain akan ditempatkan di mana-mana Bahagian atau
Cawangan di Kementerian-Kementerian atau Jabatan-jabatan persekutuan
dan negeri.



Tahap 3

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) (6 Bulan)

Pada tahap ini seseorang PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus
Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan di Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) di Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti tanpa
gagal kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam jawatan
mereka. Sebagaimana kursus induksi yang diwajibkan kepada skim-skim
perkhidmatan yang lain, DPA ini juga boleh diambilkira sebagai satu kursus
pengenalan kepada perbagai bidang yang merangkumi fungsi dan peranan
PTD.

•Melahirkan pegawai PTD yang bertrampilan dan mampu menghasilkan
prestasi yang berkualiti dengan produktiviti yang tinggi melalui amalan
budaya kerja cemerlang; •Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-
kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai humanistik, berhemah tinggi,
berbudaya (cultured dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama
berpasukan yang berkesan; •Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada
bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta
memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan •Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya
menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Pendekatan kursus DPA ini terbahagi kepada dua: •Latihan akademik •Latihan bukan akademik Latihan akademik adalah latihan yang berbentuk ilmiah dalam bilik kuliah,
termasuklah sesi ceramah daripada fasilitator INTAN atau wakil daripada
Kementerian atau Jabatan yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Biasanya
sesuatu latihan akademik ini akan diakhiri dengan peperiksaan ataupun
pembentangan tugasan, kertas renungan ulasan buku dan sebagainya.
Antara modul teras yang diajar termasuklah pengurusan ekonomi dan projek,
kewangan, pentadbiran daerah, tanah dan PBT, kepimpinan, hubungan luar
dan komunikasi.

Latihan bukan akademik menjadi pilihan kepada majoriti PTD muda. Latihan
ini bersifat peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual
melalui pembelajaran luar bilik kuliah. Melalui pendekatan ini, peserta kursus
DPA akan menjalani latihan lasak antaranya modul ketahanan diri dan disiplin
di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) dan di Maktab Polis Di Raja
Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta di Outward Bound
School di Lumut. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah
diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi.

Kedua-dua elemen ini sangat penting ke arah pembentukan seseorang PTD
yang super. Disiplin juga merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan
semasa berkursus.

Selain daripada itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol,
pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan
sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap Empat

PTD Training Roadmap (Semasa Berkhidmat)

Tahap empat adalah satu tahap di mana ia akan dilaksanakan selepas PTD
muda menamatkan kursus DPA dan pulang ke Kementerian atau Jabatan
masing-masing. Berasaskan kepada konsep continuous learning maka
daripada masa ke semasa, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri
kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap Gred M41. Pencalonan
ke kursus ini akan ditentukan oleh JPA. Objektif kursus ini adalah untuk
meningkatkan kompetensi dan kepakaran PTD dalam bidang-bidang khusus
seperti meliputi bidang-bidang seperti berikut;
•Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti •Komunikasi dan interpersonal skills •Pengurusan kewangan dan akauntabiliti •Pengursan dasar sektor awam •Pengurusan sumber manusia di sektor awam •Perancangan dan pengurusan projek •Strategic thinking skills •Research methodology •Pentadbiran tanah.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url