Top Ad 728x90

EKSPO KERJAYA & PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 2009

Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2009 akan memberi panduan dan persediaan kepada lebih 30,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pelbagai program pengajian di universiti ini dalam merancang kerjaya masing-masing.

Selain pameran oleh lebih 50 agensi awam dan swasta, pelajar akan turut berpeluang mengikuti sesi temuduga oleh pelbagai agensi ternama dari dalam dan luar negara. Program ini turut dimantapkan dengan pelbagai lagi pengisian seperti panduan ke arah dunia keusahawanan, kaunseling kerjaya, penulisan resume dan tatacara menghadapi temuduga dan motivasi yang bakal diadakan dalam bentuk seminar, forum, sesi-sesi ceramah dan simposium.

Program ini turut dibuka untuk kunjungan masyarakat awam.Ekspo ini akan berlangsung di:

Kampus Induk USM Pulau Pinang
Tempat : Dewan Utama Pelajar Kampus Induk
Tarikh : 27 Feb – 1 Mac 2009
Masa : 9.00-5.00 petang

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90