RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja.
Klik di sini --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha?tid=myadha

FORMAT & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M41

on Saturday, February 14, 2009

Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

PANDUAN UMUM

1. Di hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

2. Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan

6. Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :
i. Kertas OMR - bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.
ii. Kertas tulis SPA - bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.

7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (6) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F - Sahsiah Diri

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :

A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan - B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan - D

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.

(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :

Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.

Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.

Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.

Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.
Jawapan - D

Penjelasan

Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah

A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan - C

Penjelasan

Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia

0 - 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225

5,000 - 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300

7,500 - 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375

10,000 - 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000

15,000 - 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250

20,000 - 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500

25,000 - 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500

35,000 - 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000

50,000 - 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250

75,000 - 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan - B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan - C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan - C

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan - A

Cara mendapatkan jawapan

Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan - A

Cara mendapat jawapan

90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI

Masa : 35 minit

Bilangan Soalan Objektif : 20 soalan

Markah : 10

Calon-calon akan diberi 4 petikan esei yang mengandungi di antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu iaitu 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Bagi setiap esei calon akan diberi 5 solan yang akan menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei yang diberi. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalannya adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei dalam Bahasa Inggeris soalan-soalannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan akan berasaskan kepada esei yang diberi dan bukan kepada pengetahuan calon sendiri. Oleh yang demikian jawapan hendaklah berpandukan kepada kandungan esei yang diberikan. Soalan-soalan akan ditumpukan kepada perkara-perkara berikut :

(i) Perkara yang penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei tersebut;
(ii) Penerangan- penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas seperti tersebut dalam esei;

(iii) Kenyataan-kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau tempelak daripada esei tersebut;

(iv) Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasaan seperti yang diberi oleh penulis;

(v) Perasaan penulis itu sama ada menyokong atau menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya.


Contoh Soalan

Esei

Takhta juga menjadi pemerintah atau kerajaan. Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.

Baginda kadang-kadang mewakilkan kuasa itu kepada Memanda Menteri atau Bendahara dan kadangkala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sini timbulnya istilah Kerajaan yang berasal dari konsep ”raja yang bekerja”. Takhta juga menjalankan peranan sebagai bahan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus. Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Kemudian, baginda menyesal di atas hukuman itu. Nasib Hang Tuag tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara.

Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dilaksanakan secara berkesan oleh seseorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan membuat undang-undang pemerintah atau Kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan. Di negara kita, takhta masih kekal sebagai satu simbol lambang perpaduan, sebagai tempat memohon belas kasihan dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.

Sejarah telah menunjukkan juga bahawa setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad ke dua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.

Takhta Merak Kayangan di Iran dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya Takhta Merak Pahlavi tidak melebihi kuasa yang ada padanya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.

1. Mengikut penulis :

A. Raja-raja pemerintah harus diberi kuasa penuh.
B. Raja-raja pemerintah patut dihapuskan.
C. Raja-raja pemerintah patut menyerah balik kuasa.
D. Raja-raja pemerintah patut hanya bertugas sebagai penaung dan pemerintah dibuat oleh rakyat sendiri.
E. Raja-raja pemerintah patut berkecuali.
Jawapan - D

2. Mengikut pendapat penulis Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka kerana

A. Sultan mempunyai kuasa yang penuh.
B. Sultan juga bertindak sebagai hakim.
C. Hang Tuah telah melakukan kesalahan.
D. Hang Tuah mencemar Sultan.
E. Hang Tuah telah menderhaka.
Jawapan - B

3. Mengikut pendapat penulis kejatuhan institusi Raja-raja pemerintah adalah disebabkan

A. Raja yang zalim.
B. Raja tidak mendengar kata rakyat.
C. Raja yang tidak peka.
D. Raja tidak tahu memerintah.
E. Raja telah diberi salah nasihat oleh penasihat-penasihat istana.
Jawapan - E

Passage

Wanted urgently : a national energy policy. An Inventory of Malaysia’s resource, both conventional and non conventional. A projection of national energy needs for the century.

Energy is one of the major issues of the moment – and will continue to be for a long time vet – particularly for the developing countries, Malaysia included.

The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer in about six or seven year.

The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard of or from.

Likewise the second tier committee of officials which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions seem to have led an equally shadowy existence.

This suggest the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as The Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example. After pouring over the 400 – odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in today’s circumstances can set out a framework for development without it.

The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing ehile the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base.

If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by The Prime Minister several months ago and reiterated by A Cabinet Minister more recently, one will be disappointed.

Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank by World Bank ezperts. Nor about the prospects for using local coals for power generation and what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak?

These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui river and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.

4. In this passage the auther :

A. Is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem.
B. Is pessimistic about Malaysia’s future energy situation.
C. Is of the opinion that the government is not veru concerned with future energy problem.
D. Feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand.
E. Is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem.
Correct Answer - D

5. According to the author as, as far as future needs of energy are concerned, the immediated step to be taken by the government is :

A. To drill more oil.
B. To use hydro power from Pelagus and Balui.
C. To carry out a national energy resources survey.
D. To use the coal resources.
E. To use oil resources.
Correct Answer - C

6. According to the author of one is interested to know details about Malaysia’s future energy situation

A. One must read the Fouth Malaysia Plan.
B. One must read the Prime Minister’s recent announcement.
C. One cannot find detail anywhere.
D. One has to see the Cabinet Committee Report.
E. One has to see the Annual Economic Report.
Correct Answer - C

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Contoh soalan:

1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?

2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?

SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS

Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

Seksyen F - Sahsiah Diri

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


PENUTUP

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan P.T.D. adalah lebih baik.

Selamat berjaya!
Ranking: 5

{ 37 comments... read them below or add one }

Ms Mizly said...

thanks adha...info yg berguna.. kini sy memahaminya..hehehehe...tq =)


Saturday, February 14, 2009 at 9:57:00 PM GMT+8
thaliana_damia said...

thank for info ,,,saya nak amek exam 21 ni ...


Saturday, February 14, 2009 at 11:58:00 PM GMT+8
CAHAYA said...

soalan bocor ke ni? Huhu. Last august amik. gagal. Huhu. :(


Sunday, February 15, 2009 at 6:44:00 AM GMT+8
Anonymous said...

tq, ntah apa la yang susahnya nak masuk ptd ni. 1st time apply, dapat juga sampai assesment tu tapi time tu nak lari 2.5km x larat la pula.. tak dapat interview pun, pas tu mintak lagi tak lulus pulak. kali ni harap dapatla, soalan lebih kurang sama je tiap kali, tapi rasanya di bahagian esei tu la yang memainkan peranan penting... tapi tak tau la...


Wednesday, February 18, 2009 at 11:18:00 AM GMT+8
Anonymous said...

thanks sesangat...info yg amat berguna...


Sunday, April 5, 2009 at 10:41:00 AM GMT+8
Anonymous said...

ada x cth lain selain yang kat atas..yg atas tu dah baca kat laman web SPA la....


Friday, July 24, 2009 at 2:09:00 AM GMT+8
Anonymous said...

siapa yg akan ambil exam ptd 16/7? nak cr org utk kongsi beli e-book la.please email sy yer kat pinkillerlady@gmail.com


Wednesday, July 6, 2011 at 9:44:00 AM GMT+8
Anonymous said...

pinkillerlady, saya pun ambik exam 16/7 neh. sila check email.


Wednesday, July 6, 2011 at 3:05:00 PM GMT+8
Anonymous said...

pinkillerlady..dh dpt org ke???email sy nurul_wanis@yahooo.com


Thursday, July 7, 2011 at 12:32:00 AM GMT+8
Anonymous said...

sy nk join leh x (beli e-book)
nariq86@yahoo.com


Thursday, July 7, 2011 at 11:59:00 AM GMT+8
Anonymous said...

Brp rm ebook tu...sy pun kna exam gak 16 julai nie...duk study mcm2 tp ntah r..


Thursday, July 7, 2011 at 12:47:00 PM GMT+8
AINI CHE DIN said...
This comment has been removed by the author.
designbyown said...

i want also share to buy e-book..mail me..azuaamir88@yahoo.com


Thursday, July 7, 2011 at 3:36:00 PM GMT+8
Anonymous said...

ada sesapa x yg nak kongsi beli e-book, email sy pinkillerlady@gmail.com


Thursday, July 7, 2011 at 6:56:00 PM GMT+8
ontell said...

pinkillerlady.......saya nk kongsi ngn awak beli...saya dh emai kt awak....


Friday, July 8, 2011 at 12:18:00 AM GMT+8
Jue Juraidah said...

pinkillerlady...sy pun nk kongsi jgk...exam 16/7 ni..


Friday, July 8, 2011 at 10:06:00 AM GMT+8
Anonymous said...

pinkillerlady..sy pun exam 16/7, nk kongsi gak beli ebook.email sy blurrb3sh@yahoo.com. pls chechk email


Friday, July 8, 2011 at 10:38:00 AM GMT+8
Anonymous said...

nak share gak..my email is hananiadamia@gmail.com..klu leh gather 8org..leh la rm10 sorg..kan?kan?


Friday, July 8, 2011 at 11:54:00 AM GMT+8
AINI CHE DIN said...

pinkillerlady..saya pun dah email anda...


Friday, July 8, 2011 at 12:35:00 PM GMT+8
Anonymous said...

nak share jugak beli ebook..fazira222@yahoo.com


Sunday, July 10, 2011 at 2:10:00 AM GMT+8
Anonymous said...

sy fail d prgkt tmuduga ptd...dis is my 2nd chance...hrp2 ada harapn kali ni~


Monday, July 11, 2011 at 12:17:00 PM GMT+8
abang said...

adibah
contoh soalan exam utk pen. pegawai tadbir xder ker?
ke soalan die same gak cam PTD?
sy nak amik exam 20 hb ni..


Tuesday, July 12, 2011 at 9:27:00 AM GMT+8
adibah said...

mintak tlg sgt yer..
ni kali pertama..xnampak lagi mcm ner soalan dier..


Tuesday, July 12, 2011 at 9:36:00 AM GMT+8
kay fz said...

ni pun 1st time saya...agak blurr nk wat preparation...so pasal e book cmne?


Tuesday, July 12, 2011 at 11:53:00 PM GMT+8
aril said...

salam sy shah...
nk mnta tlg sgt2 kat sape2 yg ad ebook 2 especially pinkillerlady and others.sy xsempat nk beli ebook.nk mnta share sy byr gak.ley x?
kalau boleh tolong emel sy
mohdshahril_2805@yahoo.com ASAP...
tq.....
bluurrrrr...xth nk study pe.


Thursday, July 14, 2011 at 10:19:00 PM GMT+8
camelia said...

eija

bru aje jmp blog nie last nite...
esk nk sit exam da nie...
hehehe...


Friday, July 15, 2011 at 9:25:00 AM GMT+8
Anonymous said...

alamak! baru tau dpt exam ptd esok..ebook dh xleh bli, jualan dh ditutup..ada sape2 yg ada ebook boleh share ngan sy x? sy tong2 bayar le..pja_83@yahoo.com..1st time nk sit ptd exam ni..xtau nk study pe..adoiyaiiii..

to adha:
thanks for the great info..bru npk bentuk soalan2 exam ptd ni :)


Friday, July 15, 2011 at 11:38:00 AM GMT+8
Little Lizzy said...

Sy pon baru dapat surat jap ni... alamak..panik nye... sape2 nk kongsi ebook dgn sy...mohon jasa baik kawan2 kat sini. sy x prepare ape2 lg ni. angahlyzz@yahoo.com


Friday, July 15, 2011 at 4:48:00 PM GMT+8
Anonymous said...

Blog yg btul2 brguna tuk semua...

Harap2 da yg nk kongsi ebook dgn sy...mohon jasa baik kawan2 kat sini. sy exam peg.Antidadah 17/11/11, rasanya bntuk soalan sama je..kalo ble sharela at lpeace81@yahoo.com..

..tq in advanced...


Saturday, November 12, 2011 at 12:09:00 PM GMT+8
Anonymous said...

me too.. sy exam kastam 4/2/2012 lezawatijusoh@gmail.com..tq


Monday, January 30, 2012 at 12:19:00 PM GMT+8
Jai Montana said...

tanks atas tips2 di atas,,saya akan hadir exam pada 12/5/2012 ni..moga2 dapat..amin..dan kepada semua yg akan hadir sama, saya doakan anda semua berjaya. ;-)


Monday, May 7, 2012 at 3:17:00 PM GMT+8
Dhabitah abdul rahim said...

ad sesiapa yg leh share tips exam x>??? firstime exam ptd


Monday, April 8, 2013 at 11:38:00 PM GMT+8
Anonymous said...

Bagaimana nak beli e book


Tuesday, April 9, 2013 at 9:51:00 AM GMT+8
MOHD ADHA MOHD ZAIN said...

Untuk membeli Pakej ebook Tips PTD ini, sila ke : http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my

Ikut arahan seperti yang dinyatakan, buat bayaran dan isi borang tempahan. Tempahan akan diproses dan link download akan dihantar ke e-mail tuan/ puan dalam masa 24 jam.


Tuesday, April 9, 2013 at 10:10:00 AM GMT+8
Anonymous said...

Mazuin abd manan...

gementar dan takut. tp alhamdulillah sedikit sebanyak laman ini dapat membantu saya. Terima kasih banyak


Wednesday, April 10, 2013 at 10:46:00 AM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO