KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KPLI j-QAF AMBILAN JUN 2009

A. IKLAN PERMOHONAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan.
1.2 Umur
a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974
1.3 Kelayakan Akademik
a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
c. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
2.2 Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
2.3 Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidin Guru.
3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
3.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti.
3.3 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
3.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
3.5 Calon yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
3.6 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
3.7 Calon yang mengidap penyakit kronik


4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

4.1 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) SEPENUH MASA AMBILAN JUN 2009.

4.1.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Baru Bidang
1 A110M0000P Bahasa Melayu
2 A110E0000P Bahasa Inggeris
3 A110C0000P Bahasa Cina
4 A110C0M00P Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
5 A110T0000P Bahasa Tamil
6 A110T0M00P Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
7 A111M0000P Matematik
8 A111S0000P Sains
9 A114K0000P Kemahiran Hidup
10 A115A0000P Pendidikan Agama Islam
11 A116C0000P Kajian Sosial
12 A116J0000P Pendidikan Jasmani
13 A116V0000P Pendidikan Seni Visual
14 A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
15 A117C0000P Pemulihan
16 A117K0000P Bimbingan
17 A117M0000P Pendidikan Muzik

4.2 KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH AMBILAN JUN 2009.

4.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil. Kod Bidang
1 A210A0000L Bahasa Arab
2 A215A0000L Pendidikan Islam
3 A217B0000L Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

5. CARA MEMOHON
5.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my

5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

5.3 Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.

6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1 Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
6.2 Calon bagi Ambilan Januari 2010 yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) pada 28 Mac 2009 dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses Permohonan 2009 di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)

6.3 Maklumat mengenai panduan dan status permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL, http://www.moe.gov.my

6.4 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.

6.5 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon

6.6 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

6.7 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

6.8 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.

6.9 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

6.10 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan Jun 2009 ditutup pada 1 Mac 2009.

8. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon : 03-88841233
03-88841235
03-88841243
03-88841245
03-88841252
03-88841260

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah contoh kesesuaian ijazah dengan bidang pengajian yang ditawarkan:

1. BIDANG PENGAJIAN KPLI BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual A)
Bil Twr Kod Bidang Kesesuaian Ijazah
1. A110M0000P Bahasa Melayu
Pengajian Bahasa Melayu dan Kesusasteraan / Bahasa Malayu dan Linguistik / Bahasa Melayu dan Liguistik / Linguistik

2. A110E0000P Bahasa Inggeris
Pengajian Inggeris / English Literature
atau
Pemohon yang memiliki Ijazah dari universiti dalam atau luar negara yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya kepujian C5 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

3. A110A0000P Bahasa Arab
Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab

4. A110C0000P Bahasa Cina
Pengajian Bahasa Cina / Bahasa Mandarin / Kesusasteraan Cina

5. A110T0000P Bahasa Tamil
Pengajian Bahasa Tamil / Kesusasteraan Tamil

6. A111M0000P Matematik
Matematik / Statistik / Aktuari
atau
Calon yang memiliki ijazah lain, mesti mempunyai kepujian C6 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau lulus pangkat C dalam Matematik peringkat Matrikulasi / STPM.

7. A111S0000P Sains
Sains (Fizik / Kimia / Biologi), Kejuruteraan (Awam / Elektrik / Mekanikal)

8. A114K0000P Kemahiran Hidup
Pembangunan Manusia / Sains Pertanian / Perdagangan / Teknologi Kejuruteraan

9. A115Q0000P Pendidikan Al-Quran
Shahadah Takhasus Qiraat, Mesir / Al Qur’an dan As Sunnah

10. A115A0000P Agama Islam
Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur'an dan Sunnah

11. A115M0000P Pendidikan Moral Ilmu Kemasyarakatan / Sains Kemanusiaan

12. A117B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

13. A117C0000P Pemulihan
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi / Matematik / Ijazah Umum

14. A117L0000P Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

15. A117D0000P Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi

16. A117P0000P Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Awal Kanak-kanak / Psikologi Kanak-kanak / Psikologi / Psikologi Kaunseling / Sains Kognitif / Biologi

17. A117M0000P Pendidikan Muzik
Seni Muzik / Persembahan

18. A116J0000P Pendidikan Jasmani
Sains Sukan / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
atau
Calon yang cergas dan aktif sukan dan permainan

19. A116V0000P Pendidikan Seni Visual
Seni Lukis / Seni Halus / Seni Grafik / Seni Lukis dan Seni Reka

20. A116C0000P Pengajian Sosial
Geografi / Geologi / Geoinformatik / Sejarah / Sejarah dan Tamadun / Perhubungan Antarabangsa / Kajian Antarabangsa

21. A117K0000P Bimbingan
Kaunseling

2. BIDANG PENGAJIAN KPLI SR j-QAF MODE LPBS BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual B)

Bil Twr Kod Bidang Kesesuaian Ijazah
1. A210A0000L Bahasa Arab Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab
2. A215A0000L Agama Islam Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah
3. A217B0000L Pemulihan j-QAF Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab / Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah

C. STRUKTUR PROGRAM

1. Tempoh Pengajian
a. KPLI Penuh Masa
Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu dua semester. Calon-calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh Malaysia. Setelah tamat pengajian dengan jayanya, calon akan ditempatkan di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. KPLI SR j-QAF Mode LPBS
Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan terus di sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia dan latihan perguruan akan dijalankan semasa cuti persekolahan.

2. Sukatan Pengajian Bagi Komponen dan Mata Pelajaran
* Komponen dan mata pelajaran KPLI adalah seperti berikut:

KOMPONEN MATAPELAJARAN
Asas Dinamika Guru
1. Bahasa Melayu Kini
2. Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Pendidikan & Sains Perpustakaan)
3. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
4. Tamadun Islam
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
6. Pendidikan Alam Sekitar
7. Bina Insan Guru
Pengetahuan & Ketrampilan Profesional 8. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan & Ketrampilan Pengkhususan 9. Mata Pelajaran Major
10. Mata Pelajaran Minor
Gerak Kerja Kokurikulum
11. GERKO
Pengurusan GERKO
Unit Beruniform dan Sukan
Praktikum
12. Latihan Amali

3. Komponen dan Mata Pelajaran bagi KPLI SR j-QAF
Komponen pengajian untuk program ini adalah seperti berikut :

Pengajian Komponen
j-QAF Kemahiran Jawi
Pengajian Al Qur’an
Pengajian Bahasa Arab
Fardhu Ain

* Komponen dan mata pelajaran KPLI SR j-QAF adalah seperti berikut:

KOMPONEN MATA PELAJARAN
Pengajian Asas
1. Bahasa Melayu Komunikasi
2. Bahasa Inggeris Komunikasi
3. Seni Dalam Pendidikan
4. Pengurusan Sumber
5. Penyuburan Diri Insan Guru
Pengajian Profesional
6. Ilmu Pendidikan
Pengajian Kurikulum Persekolahan
7. Mata Pelajaran Major
8. Mata Pelajaran Minor 1
9. Mata Pelajaran Minor 2
Kokurikulum
10. Kokurikulum
Pengurusan Kokurikulum
Unit Beruniform
Sukan
Praktikum
11. Latihan Amali

4. Elaun Kursus
Semua calon yang mengikuti program KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM 1377 sebulan.
(*Tertakluk kepada perubahan)

5. Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru.

D. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI AMBILAN JUN 2009

Bil Aktiviti Tarikh
1 Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2009 : 15 Februari 2009
2 Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online)
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional sehingga 1 Mac 2009 : 16 Februari 2009
3 Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup) : 1 Mac 2009
4 Semakan nama calon dipanggil menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia
(Malaysian Teacher Selection Test – MTeST)
(Pemohon yang layak dikehendaki mencetak Surat Panggilan Ujian melalui Internet dan dibawa bersama semasa ujian) : 25 Mac 2009
5 Pentadbiran ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Surat Panggilan Ujian sebagai bukti) : 28 Mac 2009
6 Semakan nama calon berjaya dipanggil temuduga
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet) : 29 April 2009
7 Temu duga KPLI
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi) : 5 - 22 Mei 2009
8 Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG) : 11 Jun 2009
9 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar) : 22 Jun 2009

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.