Isnin, April 07, 2025

'Jarak antara paip kumbahan dibuat kontraktor dan paip gas adalah 1.6 meter, keadaan paip Petronas tak diganggu' - Polis

 


 Hasil siasatan awal mendapati keadaan fizikal paip gas bawah tanah yang meletup dalam kejadian baru-baru ini, tidak menunjukkan sebarang gangguan nyata.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ia berdasarkan siasatan dijalankan pihaknya dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang sebuah syarikat kontraktor.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kita dapati paip kumbahan ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter dari aras jalan yang sedia ada di situ. Keterangan lanjut didapati kerja korekan yang dibuat kontraktor ini tidak melebihi tiga meter sepanjang jalan itu dengan lebar korekan adalah 1.5 meter.

"Kerja korekan dan pemasangan ini dilakukan sepanjang kira-kira 30 meter dan dipercayai akan disambung lagi. Jalan yang merentasi laluan paip gas Petronas ini adalah jalan yang diluluskan.

"Kerja galian dilakukan dengan tiga ekskavator, satu bulldozer (jentera pengorek) dan sebuah backhoe ini sedang diteruskan lagi untuk membuka kawasan serta meninjau kedudukan paip Petronas.

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts