CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Daftar sekarang! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2264

Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan

on Monday, May 4, 2009

Oleh MOHD HAFIZ

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun.

Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya.

Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.

Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.

2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.

3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.

4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.

5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu.

6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda berjaya!

http://www.mohdhafez.net
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO