Isnin, Jun 21, 2010

Siti Nurhaliza antara pembida plat KCT 1

ALOR SETAR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 yang akan diumumkan siapa pemiliknya oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini, tengah hari ini.

Menurut sumber, Siti Nurhaliza berminat memiliki nombor berkenaan kerana ia mempunyai gabungan nama beliau dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Katanya, penyanyi terkenal itu dikatakan sanggup membayar nilai bidaan yang dikenakan asalkan beliau dapat memiliki nombor berkenaan.

“Saya diberitahu bidaan untuk mendapatkan nombor itu sudah dibuat kira-kira dua minggu lalu, namun mereka yang dipilih memilikinya bakal diumumkan tengah hari esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, selain artis, nombor KCT 1 turut menarik minat ramai ahli perniagaan dan syarikat korporat malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari yang disyaratkan.

“Saya diberitahu banyak permohonan diterima bagi mendapatkan nombor itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada bidaan yang paling tinggi.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai pemilik sebenar nombor pendaftaran itu sehingga keputusan rasmi dibuat tengah hari esok (hari ini)," katanya.

Difahamkan, penggemar nombor emas itu sanggup berhabis ratusan ribu ringgit untuk memilikinya walaupun harga minimum yang ditawarkan hanyalah RM10,000.

- BERITA HARIAN
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts