RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan
Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha



Elaun anggota JPAM naik tahun depan

on Monday, August 9, 2010


Anggota pasukan sukarelawan khususnya di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bakal menikmati kenaikan elaun sebanyak 50 peratus mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, anggota sukarelawan terbabit akan menerima elaun baru daripada RM4 kepada RM6 sejam manakala bagi kategori pegawai kenaikannya daripada RM5.80 sejam kepada RM8.70 sejam.
Katanya, kertas kerja mengenai kenaikan elaun itu sedang dalam penilaian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

“Kenaikan kadar elaun itu sebagai rangsangan kepada orang ramai untuk menyertai pasukan sukarelawan itu pada masa depan.

“Kita yakin penambahan kadar elaun itu membolehkan anggota sukarelawan terbabit dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi peranan dan tugas mereka yang kian mencabar ketika menghulurkan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Tahunan JPAM dan Eksesais Peringkat Kebangsaan 2010 di Dataran Teluk Batik dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.
Terdahulu, dalam ucapannya Lee berkata, kerajaan menghargai komitmen warga JPAM khususnya ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis dan bencana seperti banjir, kemalangan jalan raya, kebakaran dan memerangi jenayah ragut.

Katanya, warga JPAM diiktiraf sebagai satu daripada empat agensi utama dalam perkhidmatan kecemasan 999 bagi menangani kes kecemasan harian dan mampu digerakkan dalam semua situasi bencana dan krisis.

“JPAM bukan saja diberi tugas memenuhi sasaran ditetapkan dalam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tetapi turut membantu polis memerangi kes ragut.

“Setakat enam bulan pertama tahun ini, seramai 1,041 anggota JPAM membantu pasukan polis menjalankan tugas memerangi jenayah,” katanya yang berharap sasaran keahlian JPAM menjelang akhir tahun ini akan mencecah 200,000 ahli.

- BERITA HARIAN
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

sekarang kita telah berada di tahun 2012 tapi kenapa elaun jpam masih sama lagi... RM4 1 jam... janjinya tahun 2011 akan berlaku perubahan kenaikan elaun....


Monday, January 9, 2012 at 3:19:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO