Fasa Dua, meliputi jajahan Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas diminta dipercepat, manakala Fasa Tiga, meliputi jajahan Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli sudah siap empat peratus.
"Bagaimanapun, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan sudah hampir siap, iaitu Fasa Satu, meliputi jajahan Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, sudah 98 peratus siap dan dijangka siap pada Januari atau Februari 2025), manakala Fasa Dua, meliputi jajahan Kota Bharu, baru dimulakan pada tahun ini dan empat peratus siap.
"Di Terengganu, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kemasik, sudah 91.8 peratus siap dan dijangka beroperasi penuh pada akhir Januari 2025, manakala RTB Sungai Tepoh dan Benggol Air Lilih yang baru dimulakan, termasuk di Bukit Puteri dan lain-lain di Bukit payung.
"Tiga projek RTB yang sudah siap di Terengganu iaitu, RTB Sg Besut Fasa Satu, RTB Gong Kiat dan RTB Guntung Luar, Setiu," katanya.
Di Pahang, Perdana Menteri berkata, sebanyak 14 projek utama dilaksanakan termasuk lapan sedang dalam pelaksanaan termasuk Pekan, Kuantan, Sungai Yeh, Sungai Maran, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
Selain itu katanya, Program Ramalan Dan Amaran Banjir (PRAB) juga canggih, dengan sistem model ramalan banjir itu menggunakan pendekatan hidrodinamik dan simulasi banjir dihasilkan dengan gabungan pelbagai input, termasuk data hidrologi dari stesen telemetri PRAB dan data ramalan hujan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang menggunakan model ramalan cuaca berangka, menggunakan teknologi satelit dan radar.
"Itu untuk mengenal pasti dan sebab. Sekarang ini kalau diberitahu oleh Ketua Pengarah MET bahawa untuk minggu depan, sekitar 8 atau 9 Disember, kita harus lebih berwaspada.
"Doa insya-Allah lebih terkawal tetapi ada gambaran hujan akan lebat," katanya.
Sumber : Berita Harian