Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia - BR1M dan Senarai Lokasi Menghantar Borang
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M RM500 Nota : Borang hendaklah dicetak dengan cetakan yang baik di muka depan dan belakang (sehelai sahaja). Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Slip / Penyata Gaji hendaklah disertakan bersama. Jika bekerja sendiri, tidak perlu slip gaji.
Mekanisma dan Syarat-Syarat Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia BR1M
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2051&Itemid=160&lang=my
BIL | CAWANGAN |
1. | Ibu Pejabat |
2. | Johor |
3. | Kedah |
4. | Kelantan |
5. | Melaka |
6. | Negeri Sembilan |
7. | Pahang |
8. | Perak |
9. | Perlis |
10. | Pulau Pinang |
11. | Sabah |
12. | Sarawak |
13. | Selangor |
14. | Terengganu |
15. | WP Labuan |
16. | WP Kuala Lumpur |
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
- Warganegara Malaysia
- Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan
Dokumen wajib:
- Borang Pendaftaran BR1M
- Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
- Salinan Gaji (jika berkenaan)
2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
Definisi ketua isi rumah:
- Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang:
- Berkahwin;
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga Emas sebatang kara
- Bujang lelaki atau bujang wanita yang tidak mempunyai tanggungan (berseorangan)
3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah LAYAK untuk memohon walaupun tanpa slip gaji.
Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah
• Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama
• Ketua isi rumah
- Borang permohonan BR1M :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Slip gaji terkini (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)
Tanggungan:
• Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM (senarai seperti di atas).
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Laman Web: www.treasury.gov.my
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
Link Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) |
- PEMBERITAHUAN
- Pelaksanaan Pemberian Bantuan Tunai RM500 Bagi Meringankan Beban Kos Hidup Rakyat
- Maklumat Tambahan: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
- Kenyataan Akhbar YB MKII, 12 Disember 2011
- MEKANISMA BANTUAN
- SENARAI KAUNTER
- BORANG PERMOHONAN
Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Berita Terdahulu - Ketua Keluarga layak terima Bantuan RM500
Berita Terdahulu - Permohonan Bantuan Rakyat RM500 kepada isirumah pendapatan bawah RM3,000 dibuka mulai Januari 2012
Dari Nur.
Kalau penganggur boleh apply tak??..Memang tak ada tanggungan tapi ada tanggungan hutang belajar :|
Nak keje, nak keje.
Bagi seorang OKU( ada kad oku) , Adakah beliau berkelayakan memohon walaupun gajinya mencapai RM 3000? Sekian , terima kasih! Kenapa warga OKU tidak tergolong dalam kategori dalam bantuan RM500? Sedangkan penerima e-kasih berkelayakan memohon/mendapat bantuan tersebut?
tanbeechin - Tidak kira apa kategori pemohon samaada orang biasa atau OKU, syaratnya mesti jumlah pendapatan RM3,000 dan ke bawah. Itu paras pendapatan yang telah ditetapkan.
Nur - Kalau bujang dan tiada tanggungan memang tak layak, walaupun tak bekerja.
Nur Sarah Abd Rahim
saya tidak bekerja,house wife.hanya suami sahaja yang bekerja.saya mempunyai seorang anak OKU.adakah saya/anak saya menerima bantuan rm500?
Assalamualaikum...jika memenuhi syarat kelayakan,adakah wajib bagi penyerahan salinan tanggungan?kerana sesetengah tempat tidak memerlukannya,was-was permohonan tersebut ditolak.Sebagaimana syarat dokumen yg diperlukan di atas,terima kasih.
kalau pendapatan isi rumah rm3200 (termasuk saya, ibu,bapa,suami) tetapi pendapatan suami dan bapa saya tidak tetap kerana bekerja sebagai kontraktor (jika ada kerja baru ada gaji jika tidak menganggur tunggu pekerjaan) adakah permohonan ini di pertimbangkan?
tanggungan adik 2org ank 1 org..
Puan Juliawati - Boleh. Bapa puan boleh buat permohonan dan suami puan boleh buat permohonan berasingan. Keluarga puan dan keluarga bapa dikira dua isirumah yang berbeza.
FATIN IZZATI ABD AZIZ
bila bole semak senarai orang yang dapat??
Sabarlah. Baru saja tutup. Borang sedang diproses. Tunggu pengumuman di media. :)
SEHARUSNYA PEMASTAUTIN TETAP YANG DAH LAMA TINGGAL DALAM NEGARA DAN PENDAPATAN KURANG DPD rm3000 SEISI RUMAH HARUS DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENERIMA BANTUAN rm500 INI SEBAB MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DENGAN BEKERJA SEBAGAI PEKERJA SEKTOR LADANG,INDUSTRI DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN KRITIKAL, ADA ANTARANYA TELAH BEKERJA SELAMA 35 TAHUN ATAU LEBIH.TIDAK ADA KEMUNGKINAN GOLONGAN MEREKA YANG SUDAH UZUR DAN TUA INI BALIK KE TANAH AIR MEREKA.(rajendran@klang)
apa yang dimaksudkan dengan pendapatan kasar???adakah semua termasuk dengan OT skali??
Pendapatan kasarr hanya gaji tetap dan imbuhan tetap yang dinyatakan di dalam slip gaji. Kerja lebih masa (OT) tidak termasuk.
ROHANI AHMAD
SAYA BELUM ISI BORANG MOHON BANTUAN RM500\ MASEH ADA LAGI KE NK MOHON ..BILA HABIS TEMPOH MINTA MOHON BANTUAN ITU....
oo pendapatan kasar, gaji pokok campur semua elaun tetap la ye??sy ingat gaji pokok sahaja..
pemastautin tetap layak menerima bantuan atau tidak ?
Malar Begini Encik Mohd Adha. Saya sekarang ni duduk rumah jaga suami saya. Dia ditimpa kemalangan tahun lepas dan tidak dapat jalan sampai sekarang kerana kaki kanannya patah 4 tempat. Kami tahun lepas bulan 12 ada memohon tetapi telah direjectkan. Sekarang hanya saya sahaja memohon. Boleh tak suami saya pun memohon dengan melampirkan medical report. Ataupun ada tak cara lain untk mendapatkan dia bantuan itu. Sekian