Idris Haron dilantik Ketua Menteri Melaka


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Idris Haron mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-10, sebentar tadi.

Idris, 47, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.

Idris yang juga Ketua UMNO Tangga Batu, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bertanding dan tewas di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU-13, Idris menewaskan calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.

Idris adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau adalah juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini. Turut hadir, Mohd Ali dan seorang lagi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

- UTUSAN
 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.