Kelewatan Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jun 2013


Seperti sedia maklum, Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013, telah dibuka secara atas talian melalui aplikasi Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) bermula dari 1 April 2013 sehingga 30 April 2013 yang lalu.

Namun begitu, buat masa ini masih belum terdapat sebarang tarikh rasmi berkenaan dengan keputusan permohonan pertukaran guru tersebut akan dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, adalah disarankan untuk sentiasa melayari dan membuat semakan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang KPM (http://www.moe.gov.my/) dan juga melalui aplikasi e-GTukar, bagi mendapatkan sebarang makluman dan pemberitahuan terkini berkenaan dengan perkara tersebut.


- KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(Dahulunya Kementerian Pelajaran Malaysia)



* Berlaku kelewatan keputusan dari jadual asal disebabkan perubahan struktur pentadbiran Kementerian Pelajaran yang kini bertukar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini KPM belum adakan Mesyuarat Pertukaran Guru Secara Berpusat lagi. Jadi, tiada tarikh rasmi keputusan pertukaran guru selagi belum diadakan mesyuarat. Kemungkinan tarikh lapor diri juga akan lewat dari jadual asal. Tunggu pengumuman selanjutnya dari semasa ke semasa.


Next Post Previous Post
4 Comments
  • Pinkbubblegumprincess
    Pinkbubblegumprincess Sabtu, 1 Jun 2013 pada 12:24:00 PTG SGT

    ramai yang tertunggu-tunggu keputusan hue

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 3 Jun 2013 pada 2:51:00 PTG SGT

    Saya pun dah tak bother dpt tukar kah tak. Buat stress saja. Instead saya enjoy the school holiday first

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 9 Jun 2013 pada 1:02:00 PG SGT

    princess
    harap kputusan pertuksran x trlalu lewat sangt d umumkn

  • Mohd Firdauz
    Mohd Firdauz Rabu, 12 Jun 2013 pada 3:19:00 PTG SGT

    Salam.. Saya pernah call Unit Sekolah Menengah JPN utk tanyakan status. Jawapan dari pegawainya adalah...
    "Permohonan Pindah/Tukar pada tahun ini DIBEKUKAN.."

    Xtahu la betul ke tidak...

Add Comment
comment url