Apabila monyet-monyet berbincang

Seekor monyet tua sedang duduk bersendirian di kaki gunung dan pada
suatu ketika ia dikunjungi tetamu...

MONYET 1:

"Pak Tua, ajarilah kami adab dan pegangan masyarakat monyet agar kami
boleh mempertahankan kepada beberapa generasi akan datang."

MONYET 2:

"Balak sudah ditebang, hutan pun semakin lapang, kami bimbang tempat
bergayut semakin kurang."

MONYET 3:

"Khabarnya binatang lain banyak yang sudah melanggar adat. RUSA dan
KANCIL dah banyak berkeliaran di jalan raya, harimau pulak sudah ada
bank sendiri, ayam sudah ada restoran, gajah sudah ada tabung, orang
utan sudah jadi Maskot Sukan Komanwel."

MONYET 4:

"Banyak juga binatang yang sudah tidak kenal dirinya. Arnab sudah jadi
maskot majalah porno, pil kuda tersebar di sana sini, ibu ayam, bapak
ayam sibuk mengutip duit, kupu-kupu malam bersepah-sepah di
lorong-lorong gelap, kalkatu sudah banyak yang tertipu dengan cahaya
aneka warna di luar sana. "

Monyet tua itu menarik nafas panjang. "Anakku, sekarang sudah akhir
zaman. Jika aku nyatakan kebenaran aku pasti akan dibunuh orang.
Ketahuilah... setiap inci bumi akan dirosakkan...kerana manusia telah
berubah menjadi monyet, " kata monyet tua itu sebelum mati secara
tiba-tiba dihempap kuari.....

Fikir-fikirkanlah... ;)
Next Post Previous Post
1 Comments
  • mohad
    mohad Isnin, 23 Jun 2008 pada 7:01:00 PTG SGT

    salam... apa khabar...

Add Comment
comment url