Top Ad 728x90

Peperiksaan Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI & DPLI)

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Diploma pendidikan lepasan ijazah diwujudkan selaras Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tempoh pengajian Diploma Pendidikan (ISMP) di IPTA ialah 1 tahun (2 semester). Calon yang terpilih wajib memenuhi tempoh pengajian yang ditetapkan dan lulus dengan jayanya untuk membolehkan penempatan sama ada di sekolah Menengah/ Kolej Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) atau di Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).


PENAJAAN

* KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPLI)

Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi guru di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi di KPM.

* KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (DPLI)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menaja yuran Pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti di KPTM.ATAU

individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

* Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)



PENGENALAN : MedSI

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru.

Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

Personaliti
Minat Kerjaya
Nilai Integriti
Kecerdasan Emosi

PENGENALAN : MtesT

: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.


Objektif

Komponen ujian ini bertujuan
memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.


Format Soalan

Jumlah soalan: 135
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab
secara spontan
purata 4 - 5 soalan dalam masa 1 minit


VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan
mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
Analogi 15 soalan
Melengkapkan Ayat 5 soalan
Kefahaman 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan
Calon diingatkan bahawa soalan
analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong
kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

ANALITIKAL
Rasional
Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.


Format
Komponen ini mengandungi 2 bidang
Analitikal - 16 soalan
Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan
Calon dingatkan bahawa soalan
analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.



KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.


Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
membuat perbandingan antara dua kuantiti;
membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.


Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

perbandingan kuantitatif - 15 soalan
penyelesaian masalah &
mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan
- tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
- mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
- gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
- perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.


BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.


Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
- mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
- menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Format

Terdapat tiga jenis item:
Error identification - 10 soalan
Improving sentences - 10 soalan
Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90